Selasa, 8 November 2011

Sultan Kelantan turut menyembelih sendiri lembu korban

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.4446.1320722492!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Sultan Muhammad V yang berkemeja dan bertopi merah

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faiz Petra berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, semalam.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V yang berkemeja dan bertopi merah turut menyembelih seekor dari 42 lembu dan kerbau yang disediakan dalam majlis itu.

Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda berkata, dalam majlis itu Tuanku Sultan turut menyumbangkan seekor lembu dan kerbau sebagai hadiah.

Selain itu katanya, pelbagai agensi termasuk jabatan awam dan swasta termasuk Syarikat Telekomunikasi tempatan, Hotlink turut menyumbangkan beberapa ekor lembu untuk dikorbankan dalam majlis tersebut.

“Pembahagian daging itu diagihkan kepada golongan miskin di kompleks ini sendiri selain beberapa tempat termasuk di Masjid Muhammadi serta Masjid Mukim Panji,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Beliau berkata, acara terbabit merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan di jajahan tersebut.

Turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahman serta Ketua Wilayah Pantau Timur Maxis Berhad , Mazlan Mokhtar.

Dalam pada itu rata-rata pengunjung yang memenuhi perkarangan kompleks Islam tersebut teruja untuk melihat sendiri Tuanku Sultan yang berkebolehan untuk menyembelih.

Seorang pengunjung, Mohammad Syamsul Anuar Isma 32, berkata, dia kagum Sultan yang mampu menyembelih haiwan yang diketahui bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Saya sangat kagum dengan kebolehan tuanku, ini anugerah yang diberikan ALLAH SWT untuk rakyat,” katanya.

sumber: Sinar Harian

Isnin, 7 November 2011

Jadi wanita selepas mencuri


SHEIK AZAHAR (kanan) menunjukkan Pajero yang ditemui semula selepas dicuri
dua lelaki pada sidang akhbar di Jeli, Kelantan semalam.

JELI – Sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah untuk menahan seorang suspek curi kenderaan terkejut apabila mendapati lelaki itu tergamak memakai baju kelawar semata-mata hendak menyamar sebagai perempuan.
Kejadian pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila suspek bertindak menyarung pakaian tersebut selepas terperangkap ketika sedang bersembunyi di celah katil di dalam bilik di rumah keluarganya di Kampung Air Merbuk, Tanah Merah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azahar Sheik Omar berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan mengenai kehilangan sebuah Pajero milik seorang petani berusia 64 tahun di Kampung Pasir Dusun di sini pada pukul 1.15 pagi.
Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian telah terserempak dengan kenderaan itu lalu mengekorinya hingga di kaki bukit Kampung Air Kayan Jedok, Tanah Merah.
“Suspek yang terperangkap kemudian telah meninggalkan kenderaan itu dengan enjinnya masih hidup lalu melarikan diri.
“Polis kemudian telah menjalankan operasi mencari sebelum mengepung rumah suspek berusia 28 tahun lalu menahannya ketika sedang bersembunyi dengan memakai baju keluarga milik ahli keluarga perempuannya,” katanya.

Kosmo!

Ahad, 9 Oktober 2011

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/10/07/article-0-0E45C50A00000578-341_634x1112.jpg
MA Jei memanjat dengan cekap 
tembok 
setinggi 21 meter 
Istana Zhonghau di Nanjing, China,
semata-mata mahu
mengelak membayar caj masuk. 

 NANJING 8 Okt. - Aksi seorang wanita, Ma Jei memanjat dinding tembok sebuah istana di timur China setinggi 21 meter bagi mengelak untuk membayar yuran masuk sebanyak 24.79 yuan (RM12.27) mengejutkan pelancong.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/10/07/article-0-0E45C83C00000578-255_634x395.jpg


Jei yang memanjat tanpa bantuan tali atau peralatan keselamatan memberitahu, dia membesar di Nanjing, wilayah Jiangsu dan memanjat Istana Zhonghau itu sejak kecil dan tidak pernah membayar yuran masuk.


Bagaimanapun, beberapa pelancong yang cuba meniru aksi wanita tersebut mengakibatkan dua orang daripada mereka, jatuh dan patah kaki manakala tiga orang lagi perlu diselamatkan oleh polis.
''Cara dia memanjat tembok itu seperti seekor kambing gurun dan nampak mudah. Bagaimanapun, apabila orang lain mencubanya, ia tidak semudah itu,'' kata seorang pelancong. - Agensi

Isnin, 19 September 2011

Lidah manusia paling panjang di dunia

http://tcs.wisebrother.com/articles/images/chanel_tapper_longest_tongue.jpg
Chanel Tapper

 Seorang pelajar di Los Angeles, California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.
Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.
Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi


 Foto: http://tcs.wisebrother.com

Lelaki pada tahun 1870 seiras Nicholas Cage


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/17/article-0-0DEF4FE100000578-254_306x543.jpg
WAJAH seorang lelaki seiras pelakon 
Nicholas Cage yang dirakamkan pada 1870.

Di Los Angeles, seorang penjual barangan antik, Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay, lapor sebuah akhbar semalam.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/17/article-0-0DEF505D00000578-629_634x391.jpg
Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang 
lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras
pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan
AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay

Penjual itu turut bergurau dengan menyatakan dia memiliki sekeping gambar yang membuktikan Cage bukan sekadar pelakon tetapi juga puntianak yang hidup pada era Perang Saudara Amerika. 

Cage yang berusia 47 tahun pernah membintangi filem Con Air dan Ghost Rider. Isteri Cage, Alice Kim berusia 27 tahun. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/17/article-2038580-0DF2745200000578-60_306x543.jpg
Nicholas Cage

Menurut penjual itu, gambar tersebut merupakan seorang lelaki yang tinggal di Bristol, Tennessee ketika zaman perang Saudara Amerika. 

Gambar tersebut telah ditemui di dalam sebuah album yang mengandungi banyak gambar penduduk yang terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

Selasa, 13 September 2011

Saintis hasilkan kucing bersinar

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3000000578-446_634x634.jpg 
SEEKOR kucing yang kelihatan hijau bersinar-sinar 
semasa ia diletakkan di bawah cahaya biru

Di New York, Amerika Syarikat (AS) sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3B00000578-523_634x415.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3000000578-879_634x286.jpg

Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau.

Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.
Protein itu diambil daripada monyet Macaque.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3B00000578-896_634x498.jpg

Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.
Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan. 

Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing. - Reuters

Bina jambatan dengan akar pokok

http://also.kottke.org/misc/images/cherrapungee-bridge.jpg
DUA buah jambatan akar yang terdapat di kampung Nongriat, negeri 
Meghalaya, India. 

Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa.

Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai.
- Agensi


http://nextnature.net/wp-content/uploads/2009/08/hanging_bridge3_530.jpg



photo : kottke.org & nextnature.net,