Isnin, 28 Mac 2011

HEBAT! Jepun Bina Semula Jalan Raya Dalam Masa 6 Hari


http://eiz1004.upprofits.com/wp-content/uploads/2011/03/great-kanto-highway-23032011.jpg

Diam tak diam dah hampir sebulan berlalu setelah dunia digemparkan dengan berita Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun..
Disebabkan bencana itu juga, telah banyak nyawa yang terkorban. Ini ditambah lagi dengan isu radiasi yang sedikit sebanyak memberi impak terutama kepada ekonomi Jepun. Namun, apa yang mengagumkan adalah cara Jepun menanganinya dan berusaha pulih dari mimpi ngeri Tsunami dan Gempa Bumi dahsyat 11 Mac 2011.
Walaupun dilanda bencana dahsyat seperti ini, rakyat Jepun masih tabah dan tenang menghadapinya. Mungkin inilah hasil didikan sejak kecil yang menjadikan mereka sentiasa berdisiplin seterusnya muncul sebagai salah sebuah negara maju. Kemajuan teknologi Jepun ini lah juga yang banyak membantu mereka dalam meminimumkan kesan bencana dan mempercepatkan pemulihan Jepun selepas bencana.
Lihat gambar di bawah, Jepun hanya memerlukan 6 hari sahaja untuk memulihkan jalanraya di Great Kanto Highway yang musnah teruk akibat gempa bumi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE9XKwOXA4mFmwkVSykCja8RmB9nAMzh-8bSbXNZ6s_BFLOEVRiBCN0zO3oYMLz83kQnKF5IDe05sAbNfW733pLyu6vPkX-GlVHfiGBopHdUWKVQX7NGsSukzqgOJ17sT-M3LNNet6JlKE/s1600/1.jpg
kredit to:http://eiz1004.upprofits.com/