Sabtu, 30 April 2011

Mangga berterabur tepi parit


 
  Berpantang ajal sebelum maut, itulah yang dilalui pemandu lori dari Rantau Panjang yang terselamat dalam kemalangan petang semalam.

Kejadian jam 5.30 petang di Kilometer (KM) 2, Jalan Tanah Merah Machang (depan Masjid Tepi Sungai) itu menyebabkan lori membawa muatan 4 tan buah mangga yang dibawa dari Rantau Panjang ke Muar, Johor bertaburan di tepi parit sebuah rumah, di sini.

Mangsa, seorang lelaki Melayu berusia 46 tahun berkata, ketika sampai di selekoh berhampiran masjid, dia merasakan lori yang dipandunya terhoyong-hayang.

“Selepas itu saya melihat melalui cermin sisi kiri, buah dalam lori terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian dia memandu seorang diri dan akan mengambil seorang lagi pemandu di Machang sebelum meneruskan pemanduan ke Johor.

Menurutnya, sejak 15 tahun lalu membawa lori, inilah kejadian pertama menimpa dirinya.

“Saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan dan agak terkejut dengan kemalangan ini,” katanya.

Sementara itu saksi kejadian dikenali sebagai Nah,41, berkata, ketika kejadian dia berada di kedainya yang terletak hanya beberapa meter daripada tempat kejadian.

Menurutnya, dia melihat sebuah lori dari arah Tanah Merah menghala ke tepi sungai.

“Selepas itu saya melihat lori berada dalam keadaan tidak stabil dan pemandunya menekan brek secara mengejut sebelum bakulnya terbalik.

“Ini merupakan kejadian kedua melibatkan lori buah di mana kejadian pertama berlaku sekitar Disember 2010,” katanya.

Pada 1 April lalu, sebuah pacuan empat roda terbabas hanya beberapa meter dari tempat kejadian. 


sumber: Sinar Harian 

Komputer tablet seperti iPad dicipta 17 tahun lalu

Sebuah komputer tablet yang kelihatan seperti iPad keluaran syarikat Apple di Amerika Syarikat telah dibuat 17 tahun lalu, lapor sebuah akhbar.
Satu klip video promosi yang dikeluarkan syarikat teknologi Knight-Rider menunjukkan komputer mirip iPad itu yang dikenali sebagai The Tablet dan dikeluarkan pada 1994.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381528-0BCF845F00000578-266_468x402.jpg
The Tablet itu direka oleh satu pasukan yang terdiri daripada para penyelidik, wartawan dan pereka.



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381528-0BCF853400000578-174_468x453.jpg
The Tablet seperti yang diperkenalkan di dalam klip video promosi pada 1994, 15 tahun sebelum iPad dikeluarkan

 
Ketika itu, The Tablet dicipta bagi menunjukkan cara akhbar pada masa depan akan berfungsi.
Pengasas firma itu,Roger Fiddler berkata dalam klip video itu bahawa: " semua bentuk media yang kita kenali hari ini akan berubah pada sepuluh hingga 15 tahun lagi."
Komputer TheTablet itu direka oleh satu pasukan yang terdiri daripada para penyelidik, wartawan dan pereka.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381528-0C3EAF46000005DC-865_233x298.jpg
iPad keluaran syarikat Apple


Ramalan bentuk media itu kemudian menjadi kenyataan pada 2010 menerusi pengeluaran iPad iaitu 16 tahun selepas firma tersebut memperkenalkan The Tablet.-Agensi

Superman lepaskan kerakyatan AS

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381711-0BD1010200000578-746_233x362.jpg
KOMIK terbaru Superman edisi Action Comics No. 900.
 

NEW YORK - Watak adiwira yang mempunyai kuasa luar  biasa, Superman mengumumkan dia berhasrat untuk melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS).
Adiwira itu mebuat kenyataan tersebut dalam edisi baharu Action Comics No. 900 dengan menyatakan dia sudah bosan dengan tindakannya yang ditafsirkan sebagai alat AS. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381711-0BD1011200000578-175_468x315.jpg
kenyataan Superman dalam edisi baharu Action Comics No. 900 dengan menyatakan dia sudah bosan dengan tindakannya yang ditafsirkan sebagai alat AS.
 
Dalam cerita komik adiwira tersebut, Superman yang berhijrah ke Bumi semasa zaman kanak-kanak dari Krypton dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di Smallville, Kansas itu menyatakan adalah lebih baik untuk berkhidmat kepada masyarakat Bumi.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381711-086C0A08000005DC-904_468x644.jpg
 Action Comics edisi pertama telah diterbitkan pada tahun 1938


Dalam satu kenyataan kepada akhbar New York Post, penerbit bersama DC Comics yang mengeluarkan komik Superman, Jim Lee dan Dan Didio berkata, walaupun adiwira itu kini bercirikan global, watak berkenaan akan tetap mempunyai gaya hidup AS.
"Superman merupakan seorang pelawat dari sebuah planet yang jauh yang sekian lama menerapkan nilai-nilai Amerika. Sebagai satu watak dan ikon, dia menerapkan gaya terbaik Amerika," kata kenyataan tersebut. - Agensi

Jumaat, 29 April 2011

Tiga juta pemain video Sony digesa batal kad kredit



GAMBAR fail menunjukkan permainan video
PlayStation di Hanover, Jerman pada 15 Mac 2007.


LONDON - Sejumlah tiga juta pemain permainan video yang menjadi mangsa penggodam melibatkan rangkaian permainan Sony PlayStation di Britain digesa agar membatalkan kad kredit mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasihat itu diberikan selepas Sony berdepan kemarahan 77 juta pengguna Sony PlayStation di seluruh dunia yang kini berisiko menjadi mangsa kumpulan penipu yang mencuri nama, maklumat, data bank serta kata laluan mereka.
"Ia merupakan antara kes menggodam data yang terbesar pernah direkodkan. Jika kad kredit saya hilang semasa saya menaiki teksi, saya akan membatalkannya. Namun, ia lebih teruk jika Sony menghilangkan maklumat kredit kad anda," kata seorang pakar keselamatan komputer, Graham Cluley.
"Pencerobohan internet ini bukan sahaja menjatuhkan imej Sony tetapi turut mendatangkan bahaya kepada para penggunanya," tambah pakar berkenaan.
Para pemain berang kerana Sony hanya mendedahkan perkara itu pada Selasa lepas iaitu seminggu selepas akses dalam talian melibatkan Rangkaian PlayStation digantung.
"Anda (Sony) menunggu hingga seminggu untuk memberitahu kami bahawa data peribadi kami telah digodam," kata seorang pengguna Rangkaian PlayStation.
Mengulas mengenai ketidakpuasan hati pengguna, Sony bagaimanapun menyatakan, ia lambat mendedahkan perkara tersebut kerana pada awalnya tidak menyedari bahawa pencerobohan maklumat itu berlaku pada skala besar.
Dalam perkembangan terkini, Sony memberitahu, ia telah menukarkan maklumat peribadi yang dicuri penggodam ke dalam bentuk kod rahsia sekali gus mengurangkan risiko maklumat tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.
Ia turut menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa data maklumat kad kredit tersebut sudah dicuri.
Menurut Sony, data kad kredit itu telah diasingkan daripada maklumat yang terdapat dalam kad berkenaan.
- Agensi

Sukan arnab melompat kian popular



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-0-0BCE553B00000578-840_634x594.jpg
SNOPPY melompat satu halangan di sebuah kelab Kaninhop di bandar Jena, jerman baru-baru ini.
 


JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.
Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.
"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.
- Agensi 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-0-0BCE555F00000578-377_634x412.jpg
Snoopy membuktikan dia boleh melompat tinggi sekitar 60cm

Antara arnab-arnab lain yang menyertai Kaninhop....


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381464-0BCE53A800000578-150_634x450.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-0-0BCE54FF00000578-377_634x385.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381464-0BCE542200000578-851_634x307.jpg

Penyelam temui harta karun jutaan dolar

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0429/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg
SEBAHAGIAN duit syiling dan harta karun yang ditemui oleh kumpulan penyelam Deep Blue Marine. 


SANTO DOMINGO - Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica, lapor sebuah akhbar semalam.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381334-0BCB348700000578-256_634x397.jpg
Ahli kumpulan Deep Blue Marine menggores permukaan dasar laut untuk menggali harta karun

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381334-0BCB347000000578-308_634x537.jpg
Naib presiden Deep Blue Marine, Randy Champion,menunjukkan objek yang digali

 http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381334-0BCD39F300000578-70_306x338_popup.jpg
Peta lokasi
 
 
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381334-0BCB353400000578-615_634x475.jpg
Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan

Deep Blue 2
Deep Blue 1
Antara patung-patung kecil yang turut dijumpai  

     
            
          http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381334-0BCB34B400000578-790_634x616.jpg 
Dua orang menyelam di lokasi harta karun bernilai jutaan dolar di luar pantai Republik Dominica

Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.
Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.
"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.
Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.
Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.
Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang. - Agensi

Permainan hina Islam



pix_middle

  
 Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


sumber: myMetro

Padah curi kabel



MELECUR...suspek yang melecur kini dirawat di Hoshas, Temerloh.
MELECUR...suspek yang melecur kini dirawat di Hoshas, Temerloh.
  

Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di  Maran, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata lelaki terbabit dipercayai penagih dadah berusia 24 tahun melecur teruk kira-kira 36 peratus di seluruh tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu polis menerima maklumat mengenai pencerobohan di pencawang berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.
“Anggota yang tiba di tempat kejadian menemui peralatan seperti spanar dan parang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta telefon bimbit milik lelaki terbabit.

“Namun, lelaki terbabit sudah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran selepas menemuinya separuh hangus,” katanya, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sudah mencuri peralatan TNB di tempat sama sebelum melakukannya kali kedua secara berseorangan dalam usaha untuk mencari wang dipercayai hendak membeli dadah.

“Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap melecur dari kepala hingga pinggang selepas terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di pusat bandar terputus selama 32 minit sebelum mengesan kerosakan kira-kira satu jam kemudian.
Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dan percaya mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku sejak tahun lalu.



sumber: mymetro

Budak digelar genius kerana guna iPhone

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89BA500000578-874_306x453.jpg
Rockford Ramirez dari El Cajon, San Diego, Amerika Syarikat digelar genius selepas mempelajari dan menghafal banyak maklumat daripada telefon pintar iPhone

Seorang budak berusia dua tahun, Rockford Ramirez dari El Cajon, San Diego, Amerika Syarikat digelar genius selepas mempelajari dan menghafal banyak maklumat daripada telefon pintar iPhone milik ibu dan bapanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia boleh menghafal nama 44 Presiden AS, semua negeri dan ibu negeri AS. Ramirez yang mula menggunakan telefon itu dan mempelajari penggunaannya juga boleh memberitahu nama negara-negara di dunia.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89AA900000578-375_306x423.jpg    http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89CA500000578-205_306x423.jpg


Dia menggunakan telefon berkenaan untuk mengakses maklumat mengenai sejarah dan geografi serta aplikasi pilihannya ialah peta AS.
Bapanya, Rocky, 34 dan ibu budak itu Raquel, 33, menyatakan iPhone merupakan gajet pengajaran yang sempurna untuk anak mereka.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89D0D00000578-740_634x384.jpg
Rockford Ramirez duduk di atas riba ibunya (kiri) bergambar bersama adik Rocco dan bapanya (kanan).

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89CB900000578-229_306x423.jpg    http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89AE800000578-180_306x423.jpg
Rockford bermain dengan iPad

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BC89B8E00000578-741_634x502.jpg


"Dia mula mempelajari iPhone pada peringkat terlalu awal dan cepat mempelajari cara untuk membaca aplikasi pada telefon berkenaan.- Agensi

Khamis, 28 April 2011

Penjaga gol ditumbuk peminat selepas lepaskan gol


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380596-0BC4CE7800000578-855_634x495.jpg
SEORANG remaja menumbuk muka penjaga gol, Cameron Belford kerana didakwa membiarkan bola membolosi golnya di stadium Chesterfield, baru-baru ini.


LONDON - Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1380596-0BC4F53300000578-660_306x423.jpg


Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.
Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1380596-0BC4CD3200000578-849_306x423.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380596-0BC4F1FD00000578-683_634x442.jpg
Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield


Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.
Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama. - Agensi

Berpelukan elak dihanyutkan ombak gergasi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380681-0BC699ED00000578-160_964x650.jpg
DUA orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu ketika ombak gergasi melanda sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara.
 

CASTLEROCK, Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380681-0BC6A1D700000578-508_964x636.jpg


Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut.
Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat. - Agensi

Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh

HANTU kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Pego Guntoro dekat sebuah jambatan di Tanjong Anom, Indonesia pada Isnin lalu.



TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu.
Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.
"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.
Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.
Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.
Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. - Agensi

Pengguna Playstation terkejut, kecewa

GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki bermain permainan Sony PlayStation 3 di Tokyo, Jepun pada 9 November 2006.



TOKYO – Syarikat Sony Corp memberi amaran bahawa penggodam mencuri nama, alamat dan kemungkinan kad kredit daripada 77 juta pengguna akaun rangkaian permainan video dalam talian Playstation.
Pendedahan itu merupakan salah satu daripada pencerobohan maklumat keselamatan di internet yang paling besar pernah berlaku.
Syarikat gergasi elektronik dari Jepun itu tidak memberitahu mengenai kecurian maklumat tersebut sehingga kelmarin, beberapa jam selepas ia mempamerkan komputer tablet pertama keluarannya.
Tindakan Sony menangguhkan pengumuman mengenai penggodaman itu mencetuskan kemarahan pengguna-pengguna gajet tersebut, hampir 90 peratus daripadanya di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Perasaan marah dalam kalangan pengguna permainan itu diluahkan di laman forum PS3news.com.
“Jangan membeli apa-apa pun yang berkaitan dengan Sony.
“Saya perlu menukar semua akaun manakala kad kredit dikeluarkan semula untuk melindungi diri saya daripada kegagalan Sony,” kata seorang anggota forum tersebut, Jarvis.
Para pembeli-belah di London menyatakan mereka akan keluar dari rangkaian Playstation yang membolehkan mereka bermain permainan bersama 77 juta pengguna.
Salah seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Albert berkata, dia terpaksa menimbang semula sama ada untuk menggunakan permainan tersebut. – Agensi

Ninja pantau keselamatan orang ramai

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-0-0BC37F6700000578-350_634x425.jpg
SEORANG kanak-kanak melihat aksi ninja yang berkawal di Royal Tunbridge Wells di Kent baru-baru ini.


KENT, Britain - Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan-jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent.


  http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-0-0BC37F7B00000578-407_306x423.jpg   http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-0-0BC37F8700000578-273_306x423.jpg
 Antara tugas dilakukan ninja tersebut antaranya memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemiliknya


Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.
Dia juga membantu warga tua untuk melintas jalan sehingga membuatkan ramai penduduk yang cukup berterima kasih kepada ninja tersebut.
Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.
"Ada segelintir orang di Facebook mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita tentang ninja ini. Tetapi saya akui, sayalah ninja itu.
Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut.
Namun, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri. - Agensi

Obama dedah sijil lahir

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381147-0BCB94C200000578-836_634x646.jpg
SIJIL kelahiran Barack Obama yang didedahkan semalam 



WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381147-0BCBDAE100000578-73_634x450.jpg
Terbukti: Presiden Barack Obama semasa berucap di White House semalam.

“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.
Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.
Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.
Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.
Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381147-0BCBCF8500000578-40_634x232.jpg
Tempat kelahiran

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381147-0BCBCF8500000578-793_634x71.jpg
Nama bapa Obama

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381147-0BCBCF8500000578-462_634x71.jpg
Nama ibu Obama  


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381147-0BCBCF8500000578-61_634x116.jpg
Doktor yang menyambut kelahiran

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.
“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama. – Agensi

Bahagian dua rakaman video seks

BEBERAPA imej rakaman dalam klip video seks yang tersebar dalam Internet semalam.

Bahagian kedua rakaman video seks hitam putih yang pelakunya didakwa seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang bersama pelacur China mula tersebar di Internet semalam.
Rakaman berdurasi satu minit 47 saat itu dipercayai rakaman akhir selepas pasangan itu dipercayai melakukan hubungan seks.
Klip video itu memaparkan gelagat pelaku lelaki yang mulanya memakai tuala seolah-olah baru mencuci badannya. Dia berbogel sebelum mengenakan pakaian dan meninggalkan bilik tersebut.
Si wanita pula berbogel sebelum masuk ke bilik air.
Dalam klip itu, bahagian alat sulit pasangan itu dikaburkan.
Klip video yang tersebar dalam Internet bermula pukul 2 petang semalam dipercayai susulan daripada rakaman video seks yang mula tersebar dalam Internet pada 3 April lalu.
Rakaman sebelum ini memaparkan imej lelaki dan seorang wanita yang dipercayai baru memasuki sebuah bilik.
Klip video yang dimuat naik dalam Internet tiga minggu lalu dihentikan sebelum pasangan itu melakukan hubungan seks.
Mengenai penyebaran klip video semalam, maklumat yang diperoleh daripada laman YouTube menunjukkan rakaman video itu dimuat naik oleh seorang bernama Wakparjosudorno ke dalam YouTube.
Mengikut maklumat mengenai Wakparjosudorno dalam laman pengguna YouTube, individu berusia 37 tahun itu membuka akaun tersebut kelmarin dan berasal dari Indonesia.
Namun tidak ada maklumat lanjut mengenai lokasi rakaman itu kemungkinan di muat naik.
Rakaman yang dimuat naik itu turut memaparkan tarikh 21 Februari 2011. Rakaman bermula pada masa 22:43:51 dan tamat pada 22:45:35.



sumber : Kosmo!

Pokok ratusan tahun sembah bumi

MOHD. YUSOF mengukur lilitan sebatang pokok besar yang ditebang tanpa mendapat permit di Banda Hilir semalam.

 Tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini menebang beberapa batang pokok berusia ratusan tahun amat dikesali Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Ahli Majlisnya, Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, pokok-pokok yang mempunyai nilai sejarah itu sepatutnya dilindungi dan dipulihara bersesuaian dengan kedudukannya di Zon Penampan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.
“Saya kesal dengan perbuatan syarikat kontraktor yang menebang lima batang pokok di tanah lapang di antara Jalan Merdeka dan Jalan Parameswara berhampiran Hotel Equatorial di sini kerana ia dilakukan secara haram.
“Salah satu batang pokok yang ditebang itu dikenali sebagai angsana berusia ratusan tahun yang menjadi tanda sempadan laut sebelum Banda Hilir ditambak antara yang telah ditebang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Mohd. Yusof memberitahu, tindakan menebang pokok terbabit oleh syarikat kontraktor swasta itu tidak pernah mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Perancang Bandar, MBMB,” ujarnya. 


sumber: Kosmo!

Rabu, 27 April 2011

Artis ukir wajah pada pisang

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/25/article-0-0BC38D9300000578-733_306x550.jpg       http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/25/article-0-0BC38BC700000578-588_306x550.jpg



 Hasil ukiran pelik pada pisang ini yang memaparkan wajah Elvis Prestley dan Davey Jones daripada filem Pirates of The Caribbean - dihasilkan dengan pencungkil gigi dan sudu.
Setiap ukiran dibuat selama setengah jam oleh artis Jepun, Keisuke Yamada sebelum pisang itu mula membusuk.

Apabila ukirannya siap Yamada kemudian merakamkan gambar sebelum memakannya. Sejak memuat turun gambar hasil ukirannya di Internet, Yamada, 23, mula mendapat ramai peminat dan mempunyai idea baru hasil saranan mereka. Setakat ini, dia sudah mengukir 11 ukiran termasuk naga dan tengkorak yang menggerunkan. Yamada berkata: “Saya mula membuat ukiran kira-kira dua minggu lalu dan sejak memuat turun gambar berkenaan, ramai yang menyukainya. “Semuanya bermula ketika saya menyiat kulit pisang dan terfikir mungkin seronok jika saya mengukir wajah pada pisang itu.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/25/article-0-0BC3852B00000578-888_306x550.jpg      http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/25/article-0-0BC38EF700000578-901_306x550.jpg
YAMADA merakam gambar setiap ukiran sebelum memakannya


“Ukiran pertama adalah wajah seseorang yang tersenyum. Saya terkejut apabila ramai menyukainya, jadi saya mula membuat lebih banyak,” katanya. “Mereka mula memberi idea dan memberi saya insipirasi. Sebelum saya mula mengukir, saya berfikir panjang mengenai apa yang mahu diukir.

“Kemudian saya mula bekerja. Saya mahu orang lain menganggapnya menarik.

“Saya hanya menggunakan pencungkil gigi dan sudu. Saya seorang yang mensasarkan kesempurnaan dan setiap ukiran mengambil masa setengah jam untuk dihasilkan,” katanya. - DM