Bahagian kedua rakaman video seks hitam putih yang pelakunya didakwa seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang bersama pelacur China mula tersebar di Internet semalam.
Rakaman berdurasi satu minit 47 saat itu dipercayai rakaman akhir selepas pasangan itu dipercayai melakukan hubungan seks.
Klip video itu memaparkan gelagat pelaku lelaki yang mulanya memakai tuala seolah-olah baru mencuci badannya. Dia berbogel sebelum mengenakan pakaian dan meninggalkan bilik tersebut.
Si wanita pula berbogel sebelum masuk ke bilik air.
Dalam klip itu, bahagian alat sulit pasangan itu dikaburkan.
Klip video yang tersebar dalam Internet bermula pukul 2 petang semalam dipercayai susulan daripada rakaman video seks yang mula tersebar dalam Internet pada 3 April lalu.
Rakaman sebelum ini memaparkan imej lelaki dan seorang wanita yang dipercayai baru memasuki sebuah bilik.
Klip video yang dimuat naik dalam Internet tiga minggu lalu dihentikan sebelum pasangan itu melakukan hubungan seks.
Mengenai penyebaran klip video semalam, maklumat yang diperoleh daripada laman YouTube menunjukkan rakaman video itu dimuat naik oleh seorang bernama Wakparjosudorno ke dalam YouTube.
Mengikut maklumat mengenai Wakparjosudorno dalam laman pengguna YouTube, individu berusia 37 tahun itu membuka akaun tersebut kelmarin dan berasal dari Indonesia.
Namun tidak ada maklumat lanjut mengenai lokasi rakaman itu kemungkinan di muat naik.
Rakaman yang dimuat naik itu turut memaparkan tarikh 21 Februari 2011. Rakaman bermula pada masa 22:43:51 dan tamat pada 22:45:35.