Seekor buaya berada di bilik mandi rumah Alexis Dunbar di daerah Manatee, Florida pada Sabtu lalu.
Seekor buaya liar dilihat berehat di bilik tidur sebuah rumah menyebabkan pemilik kediaman itu, Alexis Dunbar berasa terkejut, lapor sebuah akhbar semalam.
Buaya sepanjang 1.82 meter itu ditemui Alexis semasa dia pulang ke rumahnya pada Sabtu lalu di daerah Manatee, Florida.Haiwan itu turut memasuki bilik mandi rumah tersebut.Alexis kemudian bergegas keluar dari rumah tetapi tiba-tiba teringatkan dua kucing peliharaannya yang masih berada di dalam rumah.
buaya tersebut mengalami kecederaan kerana haiwan tersebut memasuki lubang sempit untuk laluan kucing di pintu rumah.
Namun, selepas diperhatikan darah itu, ia dilihat datang dari buaya tersebut yang mengalami kecederaan kerana haiwan tersebut memasuki lubang sempit untuk laluan kucingnya di pintu rumah.
Dua ekor kucing miliknya kemudian keluar dari tempat persembunyian dan berada dalam keadaan menggeletar.
Pakar-pakar haiwan datang ke rumah itu untuk menangkap buaya berkenaan
Seorang pakar buaya menarik dengan tali seekor buaya yang menceroboh rumah Alexis Dunbar.