Seorang jurugambar Britain, Anthony Pierce, 30, dari Leeds merakamkan gambar beberapa ikan lumba-lumba melompat tinggi dari laut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan ikan lumba-lumba itu melompat setinggi 4.57 meter ke udara setinggi bas dua tingkat di perairan pulau ini di Lautan Atlantik.
"Amat sukar untuk membuat rakaman gambar kerana ikan-ikan itu berada di atas permukaan air dalam tempoh beberapa saat," kata Pierce baru-baru ini. - Agensi