TANAH MERAH – Seorang remaja sempat meminta kepada ibunya supaya menyimpan sebiji kuih sebelum menemui ajal setelah terlibat dengan kemalangan di Padang Siam, pagi semalam.
Kejadian jam 6.45 pagi menyebabkan mangsa, Siti Suhana Abd Aziz,13, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Anak bongsu daripada tujuh beradik ini keluar menghantar kuih yang dibuat ibunya, Norizan Mat Kib, 53, ke kedai kopi berhampiran rumahnya dengan menaiki basikal.
Ketika dalam perjalanan pulang, basikal dinaiki mangsa dari arah simpang empat lampu isyarat ke Padang Siam terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal.
Bagaimanapun, ketika mangsa bangun dan bercakap dengan penunggang motosikal terbabit, dia dilanggar pula sebuah van diikuti dengan kereta.
Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Kakak mangsa, Siti Nurul Ain,25, berkata, rutin harian adiknya menghantar kuih ke kedai kopi berhampiran rumahnya sejak tiga tahun lalu memandangkan dia bersekolah pada sesi petang di Sekolah Menengah Tanah Merah Dua, dekat sini.
Menurutnya, arwah yang rapat dengan dua anak saudaranya merupakan seorang yang periang dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga.
“Bagaimanapun semalam dia menunjukkan sedikit perubahan apabila hanya tersenyum ketika berjumpa dengan abang iparnya sedangkan kebiasaannya dia banyak cakap.
“Arwah juga meminta emak menyimpan sebiji kuih untuknya sedangkan selama ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, emaknya rasa pelik dengan gelagat arwah tetapi tidak mengesyaki apa-apa.
Menurutnya, emaknya memberitahu akan membelikan kuih lain untuk arwah memandangkan dia biasa makan kuih dibuatnya.
“Selepas mengetahui adik terlibat dengan kemalangan barulah emak sedar itulah perubahan sikapnya menunjukkan dia akan pergi meninggalkan keluarga.
“Mayat arwah diuruskan di Hospital Daerah Tanah Merah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kubor selepas solat Asar,” katanya.

sumber: sinar harian