Isnin, 25 April 2011

Pandu laju dibaling batu

 
 
Kesedaran tentang keselamatan jalan raya perlu ada pada setiap pengguna bagi memastikan perjalanan ke destinasi yang dituju selamat.

Walaupun pihak berkuasa melakukan pelbagai kaedah untuk memastikan jalan raya adalah laluan selamat, namun kemalangan tetap juga berlaku. Malah ada pemandu tidak mengendahkan larangan yang dipasang pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti papan tanda had kelajuan.

Justeru tidak hairanlah jika masyarakat tempatan iaitu orang awam terpaksa membuat inisiatif tambahan seperti membuat bonggol jalan dan sebagainya kerana bimbang dengan keselamatan penduduk di dalam kawasan kediaman mereka

Imam Masjid di Kampung Kuala Paya, Lajim Abd Rahman, 78, berkata, rumahnya yang terletak di hadapan jalan utama boleh mengundang bahaya jika pemandu tidak berhati hati terutamanya mereka adalah pemandu luar dan memandu secara laju.

Atas inisiatif anak lelakinya yang menetap di Johor Bahru katanya, satu kain rentang peringatan ‘Laju!! Baling Batu’ diletakkan betul-betul di bawah papan amaran ‘40 KM/J’.

Katanya, anak lelakinya berbuat begitu kerana bimbang akan :keselamatan dirinya dan isteri jika melintas jalan menuju ke rumah rakan, ke kebun atau ke tempat lain.

“Papan tanda (tambahan) ini dipasang bertujuan memberi :peringatan kepada pengguna yang menggunakan jalan itu disebabkan papan tanda yang sedia ada dilihat masih kurang diberi perhatian oleh pemandu

“Terdapat satu papan tanda menyatakan ‘40KM/J’, namun kurang diendahkan dan kenderaan yang lalu di situ masih memandu laju dan lebih berbahaya, laluan ini turut dilalui kenderaan berat,” katanya.

Menurutnya, kain rentang yang dibuat anaknya itu sudah lebih setahun dan amaran seperti itu sedikit sebanyak membantu mengingatkan pengguna memperlahankan kenderaan mereka.

Pada masa sama, terdapat beberapa inisiatif lain yang pernah diambil oleh penduduk kampung dengan mengedar risalah tentang keselamatan jalan raya, pemanduan selamat dan sebagai.