Rabu, 27 April 2011

Pengkritik dijemput ke Kelantan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVxkRPYqaLXKTsvJM1gQWPP27So6Ii1qOsfh0K0veLE30L8em4UOUMeGaTGS0IrpKdGROafcTG5PtFjB7hR2LgmnISL-y9suxbB1QjCBaUxbwq4IoC1oeqhW_6csvfjMwUE4CviMaE5mQ/s1600/tok-guru-nik-aziz.jpg



Pihak yang mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan diundang ke negeri ini untuk mendapat gambaran sebenar corak pentadbiran.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13, pihak berkenaan termasuk golongan pengkritik boleh datang ke Kelantan dan membandingkannya dengan dengan negeri lain.


Menurutnya, ia perlu bagi memastikan kebenaran laporan media pro-Barisan Nasional (BN) terhadap kepimpinan negeri ini.


“Kami menjemput anda semua untuk melihat sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui Pas memerintah Kelantan dan jangan lupa membandingkannya dengan negeri yang diperintah BN.


“Kami juga mengalu-alukan semua untuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama saya di Medan Ilmu, Kota Bharu,” katanya.


Sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun lalu, Kerajaan Pas dicemuh dan dikritik hebat.


Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas telah menjadi pertikaian dan bahan cemuhan UMNO-BN sejak sekian lama.


Nik Abdul Aziz berkata, keupayaan Kerajaan Negeri menerajui pelbagai bentuk perubahan yang tidak dipraktikkan di negeri lain dicemburui pihak tertentu.


Perkara yang baik katanya, sepatutnya menjadi ikutan kerana ia terbukti mendapat sambutan baik rakyat.