Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mematahkan cubaan seludup 40 Gekko Gecko atau pokke dengan menggunakan kereta mewah, di Rantau Panjang kelmarin.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an ditahan memberikan kenyataan meragukan dengan mengatakan spesies cicak yang juga dikenali sebagai ‘tokek’ itu hanya koleksi peribadi.
Pemuda berasal dari Terengganu itu mendakwa memperolehi pokke tersebut melalui seorang pembekal dari negara jiran dengan harga RM10 seekor sebelum diseludup masuk menggunakan perahu menyeberangi Sungai Golok.
Dalam operasi kira-kira jam 12 tengahari itu, 40 pokke berukuran antara 15 hingga 30 sentimeter dengan berat antara 100 hingga 300 gram dalam empat tong plastik yang diletakkan dalam kereta jenis Mercedes Benz.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Rahmat Topani, berkata pihaknya yakin semua pokke terbabit berkemungkinan untuk dijual dengan harga tertentu berdasarkan jumlahnya yang ditemui dalam kuantiti banyak.
Menurutnya, lelaki terbabit boleh dikenakan tindakan kerana membawa masuk spesies cicak besar dari famili Gekkonidae yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit yang sah.
”Pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekiranya tidak mempunyai permit bagi memelihara reptilia itu melalui Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
”Dalam kejadian kelmarin, kita percaya spesies itu untuk dibawa ke Terengganu dan dijual kepada peminat-peminat haiwan eksotik itu dengan harga puluhan ribu ringgit,” katanya.
Katanya, Perhilitan memberi tempoh sehingga Julai ini, bagi membolehkan setiap pemilik cicak ini mendaftarkan haiwan peliharaan mereka bagi menggelakkan dikenakan tindakan.
Orang ramai dinasihati agar lebih peka mengenai kesalahan mengeksploitasi hidupan liar (termasuk memelihara, memburu untuk hidangan, menjalankan jual beli dan sebagainya) kerana populasinya yang semakin menurun.
”Perhilitan menasihatkan orang awam yang memiliki hidupan liar yang baru disenaraikan seperti cicak tokek supaya segera mendaftarkannya ke jabatan berkenaan sebelum Julai tahun ini,” katanya.

sumber: Sinar Harian