Kini pihak Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, arahan tersebut sudah dikeluarkan dan anggota polis akan berada di jalan raya bagi mempraktikkan pendekatan itu.
“Kita tidak akan sorok-sorok lagi dengan bersembunyi di sebalik tiang atau pokok sebelum mengeluarkan sebarang saman.
“Kita akan berada di tempat-tempat terpilih yang dapat dilihat pengguna jalan raya dan mengeluarkan saman secara terus jika mereka melakukan kesalahan,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya melihat pendekatan ini sebagai satu alternatif mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati dan patuh pada peraturan lalu lintas.
“Sebelum ini, pengguna jalan raya hanya akan patuh pada peraturan bila nampak polis, tetapi akan langgar undang-undang bila polis tiada.
“Kita pilih cara ini agar mereka lebih serius dan tidak memandang remeh terhadap peraturan dan undang-undang yang sudah ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, selain daripada peningkatan kehadiran polis, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan.