Sabtu, 23 April 2011

Selekoh merbahaya, kerap berlaku kemalangan



Selekoh merbahaya di Bechah Laut sering mengundang bahaya kepada pengguna, yang menggunakan laluan dari Gual Ipoh ke Tanah Merah menggunakan jalan alternatif ini.


Setiap tahun, sekurang-kurangnya lima kemalangan berlaku di sini, yang mana sebahagian besarnya melibatkan pengguna yang kurang arif dengan keadaan jalan di situ.


Berikutan itu, penduduk merayu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya meletakkan papan tanda amaran kawasan kemalangan sebagai peringatan kepada pengguna.

Seorang penduduk, Zakaria Awang Kechik, 62, yang tinggal berhampiran selekoh terbabit berkata, dia simpati dengan nasib pengguna terlibat dengan kemalangan di situ.

Menurutnya, sehubungan itu, dia merayu JKR segera meletakkan papan tanda amaran.

“Penduduk di sini sudah arif dengan keadaan jalan di sini, justeru mereka akan berhati-hati ketika melalui jalan ini.

“Kebiasaannya, pengguna luar yang sering terlibat dengan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Izani Zakaria, 29, berkata, tiga hari lepas, sebuah kereta jatuh ke dalam gaung ketika melalui selekoh tersebut.

Menurutnya, tahun ini sahaja sebanyak lima kemalangan berlaku di sini.



sumber: sinar harian