Rabu, 27 April 2011

Sony lancar komputer tablet pertama S1, S2

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC614B800000578-745_634x439.jpg
Eksekutif Sony, Kunimasa Suzuki (kiri) di majlis pelancaran komputer tablet pertama Sony, S1 dan S2 di Tokyo. 



GERGASI elektronik dan peralatan hiburan Jepun, Sony Corp menampilkan komputer tablet pertamanya dengan kod nama S1 dan S2, dalam satu langkah untuk memberi cabaran langsung kepada iPad keluaran Apple.



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC5F66B00000578-623_634x457.jpg
 Suzuki memegang S1, yang mempunyai paparan 9.4inch dan WiFi dan 3G/4G



‘Sony Tablet’ S1 mempunyai skrin tunggal dan ia bagi kegunaan rumah manakala tablet S2 yang bersifat mudah alih pula mempunyai dua skrin, kata Sony dalam satu sidang akhbar di Tokyo, semalam. 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC5F83F00000578-488_634x416.jpg
S2 ini mempunyai dua skrin 5.5inch yang dapat dilipat seperti buku. Ini juga adalah WiFi dan 3G/4G

 
Tablet itu mempunyai akses kepada isi kandungan dalam talian bagi tujuan membeli dan memuat turun video, muzik dan fail hiburan lain serta boleh disesuaikan untuk permainan video sedia ada Playstation, kata pegawainya, Kunimasa Suzuki.
Buku digital juga boleh dimuat turun dan dibaca menggunakan komputer multimedia itu yang dilengkapkan dengan kemudahan Wi-Fi dan 3G/4G bagi mendapatkan akses Internet serta e-mel.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC6A6FC00000578-870_634x420.jpg
 S1 memiliki kamera depan dan belakang dan NVIDIA Tegra 2 prosesor



S1 mempunyai skrin seluas 24 sentimeter dengan kamera depan dan belakang manakala S2 yang boleh dilipat mempunyai skrin sesentuh warna berkembar 5.5 inci serta boleh dimuatkan dalam poket.



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC6A70E00000578-526_634x294.jpg




http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC6A6F800000578-958_634x423.jpg
S1 memiliki resolusi 1280 x 800 paparan, RAM 512MB dan 32GB memori




http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC6A6E800000578-250_634x442.jpg
S2 ini mempunyai dua skrin 5.5 inci, masing-masing dengan display 1024 x 480 






http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC6A70800000578-491_634x450.jpg
S2 adalah tablet pertama dengan dua skrin yang boleh dilipat seperti sebuah buku



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/26/article-1380602-0BC6A6F300000578-719_634x307.jpg
S2 yang boleh dilipat seperti buku



“Reka bentuknya sesuai untuk membaca buku digital yang kandungannya dipaparkan pada skrin berbentuk dua muka sebelah menyebelah,” kata Suzuki.

Kedua-dua skrin boleh digunakan bersama sebagai satu skrin besar tunggal atau untuk memainkan permainan video menggunakan butang kawalan yang dipaparkan.
Tablet S1 boleh digunakan sebagai alat kawalan universal untuk mengendalikan peralatan audio visual atau menghantar isi kandungan ke skrin televisyen dan muzik ke pembesar suara tanpa wayar. – AFP

SONY S1 SPECS

  • Android 3.0 Honeycomb
  • 9.4-inch screen
  • 1280 x 800 resolution
  • 512MB RAM
  • 32GB memory
  • NVIDIA Tegra 2 processor
  • Front and rear cameras
  • WiFi and 3G/4G compatible
  • Work as remote control on Sony products
  • Price and release date unknown

SONY S2 SPECS

  • Android 3.0 Honeycomb
  • Two 5.5-inch screens
  • Two 1024 x 480 pixel displays
  • RAM unknown
  • Memory unknown
  • NVIDIA Tegra 2 processor
  • Book-style layout
  • WiFi and 3G/4G compatible
  • Price and release date unknown

sumber : http://www.dailymail.co.uk