Ahad, 24 April 2011

Telefon untuk orang buta dilancar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLtKcoQLUZ5slZNv3k9jViO9lYPE9AnGzRa4MhDg_sbv5D0RF4pc8IFP9v9MvCwvy_mPIUAsuSlb0ksM9yp_iD51Qd3JCXGwhxgzN0hYhhP18Xq3OflmnFmH1v-o7xq-tKn5Sutj9irGU/s320/Intex-Vision-Intex-In-2020.jpg 

Sebuah syarikat teknologi India melancarkan telefon bimbit khas bagi golongan buta.

Telefon unik itu mempunyai ciri seperti papan kekunci menggunakan tulisan Braille, dail panggilan menggunakan suara dan turut membacakan teks mesej kepada pengguna.

Menurut Intex Technologies, telefon yang dinamakan Intex Vision itu mempunyai papan kekunci yang mampu berkata-kata dan akan membacakan nombor yang ditekan kepada pengguna bagi membantu golongan buta yang tidak boleh membaca tulisan Braille.

Buat masa ini, telefon berharga 2,600 Rupee (RM177) itu hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris namun lebih banyak versi bahasa lain, termasuk Hindi, akan dikeluarkan dalam masa terdekat.