Detik cemas Janet Richardson terjatuh ke dalam Laut Artik
Seorang nenek berusia 73 tahun, Janet Richardson terjatuh ke dalam Laut Artik dekat Norway yang sejuk dari atas pengusung semasa dia diusung dari sebuah kapal pesiaran ke bot penyelamat untuk dihantar ke hospital kerana mengalami pendarahan dalaman, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia kini dirawat di sebuah hospital di Britain selepas dibiarkan berada di dalam laut selama lapan minit sebelum Janet diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat.
Semasa dia terjatuh, suhu di laut itu mencecah - 3 darjah Celcius.
Insiden itu berlaku selepas kapten kapal pesiaran tersebut menghubungi sebuah bot penyelamat untuk membawa wanita tersebut kerana bimbang terhadap kesihatannya kerana dia menghidap penyakit diabetes.
Janet terbiar selama lapan minit sebelum diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat.
Kejadian itu berlaku pada 29 Mac lalu dan dia kini bergelut untuk hidup di sebuah hospital di Britain. - Agensi