SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China.
CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.
Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .
ERNESTINE SHEPHERD tersenarai dalam Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita tertua.
BALTIMORE - Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.
Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
"Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot.
Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.
Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing. - Agensi
Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.
Ernestine bersama suaminya Collin Shepherd yang berusia 54 tahun.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing
Sejak 18 tahun lalu, Ernestine telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.
Ernestine juga diiktiraf Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
Rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Austin Mbewe (tengah) memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly.
HARARE 30 Mei - Lelaki Zimbabwe mengalahkan 15 yang lain bagi memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly.
Akhbar tempatan melaporkan Austin Mbewe, 30, dari Bulawayo memenangi 1,200 rand Afrika Selatan (AS$173) pada pertandingan yang diadakan di pekan Beitbridge.
“Saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya dipetik selepas memenangi pertandingan tersebut.
“Selama ini saya sering diejek sejak kecil lagi kerana hodoh, kini dunia melihat di sebalik kehodohan ini ada keindahan,” katanya. - AFP
PASANGAN BAHAGIA...William menganggap bulan madunya satu pengalaman luar biasa dan tidak pernah dilalui sebelum ini.
SEBAGAI menandakan tamatnya bulan madu selama 10 hari mereka, pasangan Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah istimewa - kelapa Coco de Mer, sejenis buah yang dikatakan mampu memberi rangsangan dan kekuatan tenaga batin tambahan.
Di pulau percutian itu, pasangan diraja Britain berkenaan dihadiahkan buah istimewa dalam acara khas.
Ubat Kuat......Kelapa Coco de Mer menjadi lambang keperkasaan dan kesuburan dalam kebudayaan masyarakat Seychelles
Melalui lesen khusus, William dan Kate dibenarkan membawa ‘kelapa cinta’ itu keluar dari Seychelles dan pulang ke negara asal mereka.
Buah Coco de Mer itu - boleh mencecah berat sehingga 30 kilogram setiap satu - dihadiahkan Menteri Luar Seychelles, Jean-Paul Adam, baru-baru ini.
Adam menyerahkan buah simbol cinta itu bagi pihak Presiden, James Michel, di Mahé.
Di Seychelles, kelapa Coco de Mer dianggap sebagai bahan yang mampu memberi kekuatan tambahan untuk tenaga batin.
Ia juga simbol kesuburan.
Disebabkan pokoknya sukar ditemui dan hanya tumbuh di Pulau Praslin, sebiji Coco de Mer abad ke-19 pernah dilelong sebuah laman sesawang pada harga kira-kira RM1,500.
PULAU UTARA yang menjadi pilihan William
Ketika berbulan madu baru-baru ini, William, 29, dan Kate, 29, menginap di Pulau Utara, selepas maklumat mengenainya dirahsiakan bagi menghormati privasi mereka selama berada di Seychelles.
Mewah....... Keadaan villa yang disewa Kate dan William di Pulau Utara
Mereka menyewa sebuah villa mewah yang mengenakan bayaran RM20,000 untuk satu malam.
Pada awalnya, mereka mahu menginap di sebuah villa lain - disewa pada kadar RM30,000 satu malam - di Hutan Takamaka tetapi terpaksa mengubah fikiran selepas dinasihatkan.
Mereka diminta menginap di villa yang sedikit murah atas faktor keselamatan.
Villa indah menghadap Lautan Hindi itu dihiasi pelbagai hasil kraftangan tempatan, selain memiliki bilik mandi terbuka.
Santai.......William dan Kate boleh menyegarkan badan dalam kolam air tawar yang dingin di taman peribadi
Di luar villa, William dan Kate boleh menyegarkan badan dalam kolam air tawar yang dingin di taman peribadi, atau jika mahu, bersiar-siar di kawasan lapang berhampiran.
Bagi mengekalkan suhu yang diingini, villa berkenaan menyediakan kipas siling dan penyaman udara bagi menjamin penghuninya kekal selesa walaupun di luar suhu meningkat sehingga 29 darjah Celsius.
DIRAHSIAKAN.......Lokasi bulan madu Kate dan William tidak didedahkan sehinggalah mereka meninggalkan pulau itu baru-baru ini.
Tidak cukup dengan itu, pasangan pengantin baru berkenaan juga disediakan tukang masak dan pelayan khusus yang bersedia berkhidmat pada bila-bila masa saja.
Untuk ke Pulau Utara, pasangan terbabit menaiki jet peribadi dari rumah mereka di Anglesey, Wales Utara, ke Seychelles pada 10 Mei lalu.
Selepas mendarat di Mahe, Kate dan William dibawa pula menaiki helikopter kira-kira 15 minit untuk ke Pulau Utara.
Terpencil: Wills dan Kate menghabiskan bulan madu mereka 10 hari di pulaui yang ditemui di Lautan Hindi
Menurut sumber, William mengaku kepada pembantunya, pengalaman di pulau peranginan itu amat indah dan luar biasa.
“William melalui pengalaman menyelam terbaik pernah berlaku dalam hidupnya,” katanya.
Ditanya mengapa William memilih Seychelles, sumber itu berkata, pewaris takhta Britain itu tertarik dengan dasar kerajaan menjaga alam sekitar.
Rumah yang menjadi latar tempat filem blockbuster Home Alone bakal dijual pada harga RM7.2 juta oleh pemiliknya.
SELEPAS dikagumi dan dihargai jutaan peminat di seluruh dunia pada 1990, sebuah rumah dua tingkat di Chicago sekali lagi menjadi perhatian.
Kali ini, rumah yang menjadi latar tempat filem blockbuster Home Alone - memaparkan pelakon Macaulay Culkin sebagai watak utama - akan dijual.
Dibina pada 1920-an, rumah di North Shore itu dipaparkan bakal dijual pada harga RM7.2 juta oleh pemiliknya.
Rumah menggunakan seni reka kolonial itu terletak di Winnetka, pinggir Chicago, dan diingati sebagai kediaman keluarga McCallister.
Rumah ini pernah menjadi ‘medan tempur’ Kevin (lakonan Culkin) ketika dia bersendirian berdepan dengan perompak.
Sejak munculnya Home Alone, rumah itu pun mencipta nama dan identiti tersendiri. Menurut ejen hartanah, Marissa Hopkins, rumah itu boleh dianggap klasik dan sesuai didiami secara berkeluarga.
“Tidak banyak rumah menjadi latar utama sesebuah filem dan pada tahap tertentu, seolah-olah menjadi watak sampingan,” katanya.
Rumah itu mempunyai empat suite utama, selain ruang makan bertemakan kehijauan hutan, serta bilik tidur selesa yang pernah menjadi tempat Kevin bermalam dalam Home Alone.
Reka bentuk rumah itu juga unik kerana mempunyai banyak sudut dan ruang bagi seseorang bersembunyi, sesuai dengan kehendak skrip filem Home Alone.
Dengan bangunan setinggi tiga tingkat, rumah itu mempunyai keluasan 1,295 meter persegi dan terletak tidak jauh dari Tasik Michigan serta perkampungan pinggir bandar.
Pemilik rumah itu, John Abendshien, berkata dia dan isterinya, Cynthia, hanya pernah tinggal di situ selama 18 bulan, sebelum pengarah Home Alone pertama dan kedua, Christopher Columbus, meminta kebenaran membuat penggambaran di situ. Dua filem berikutnya turut diterbitkan tetapi gagal mendapat sambutan seperti dijangka.
Seorang pengarah juga dikatakan menghubungi pasangan Abendshien baru-baru ini untuk bertanya sama ada ia boleh digunakan bagi penggambaran filem terbaru Culkin, Uncle Buck.
Kata Marissa, keindahan seni reka bentuk rumah itu menarik minat pengarah untuk dijadikan latar filem berkenaan.
Sementara itu, Culkin, 30, populariti dikatakan lebih baik ketika ini berbanding tempoh dia tenggelam sejurus selepas kemunculan Home Alone 21 tahun lalu.
Sebelum ini, Culkin pernah terjebak dalam kontroversi ekoran hubungannya dengan Michael Jackson, selain kes memiliki ganja pada 2004.
Baru-baru ini, Culkin juga disahkan berpisah dengan pasangannya, Mila Kunis, 28, selepas berpacaran sekian lama.
Suasana dalam rumah 'Home Alone'
Aksi Culkin semasa babak dalam sebuah bilik mandi yang disambungkan ke master suite
Monju Begum mendakwa ia nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya.
Seorang wanita Bangladesh, Monju Begum berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bukti semalam.
Ketua polis daerah Jhalakathi, 200 kilometer ke selatan Dhaka, Abul Khaer, berkata wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang lelaki terbabit ketika tidur di pondoknya malam kelmarin.
Ketika lelaki itu cuba merogolnya, Monju Begum nekad memotong kemaluan penyerangnya dengan pisau.
“Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau. Dia kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti.
Wanita terbabit memfailkan kes mendakwa lelaki itu yang juga berusia 40 tahun dan bapa kepada lima anak, atas kesalahan cuba merogolnya.
Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu sering mengganggunya sejak enam bulan lalu. Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital.
“Kami akan menahannya selepas dia pulih,” kata Khaer. – AFP
SEEKOR alligator yang ditangkap oleh budak lelaki berusia 10 tahun, Michael Dasher
Di Rockledge, seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkejut melihat seekor buaya jenis alligator sepanjang lebih 1 meter menyambar jorannya ketika dia memancing di sebuah terusan di sini, negeri Florida, Amerika Syarikat.
Jauh sekali melarikan diri, budak lelaki berkenaan, Michael Dasher sebaliknya bergelut dengan buaya tersebut selepas ia naik ke darat.
Michael Dasher
Dengan bantuan dua rakannya, Dasher mengikat mulut reptilia tersebut sebelum menyeret haiwan itu ke rumahnya yang terletak berdekatan kerana tidak mahu dituduh hanya mereka-reka cerita.
Dia hanya mengalami beberapa kesan calar dan luka kecil pada badannya dalam pergelutan tersebut.
"Cucu saya tidak takut pada apa-apa pun," kata datuknya yang berusia 57 tahun, Benji Cox.
Reptilia itu kemudian dibebaskan pihak berkuasa hidupan liar kerana ia tergolong dalam spesies yang dilindungi di AS dengan mereka yang menangkapnya berdepan denda AS$500 (RM1,512) dan hukuman penjara hingga 60 hari. - Agensi
PERAHU LAYAR Jagular yang ditemui mudik di dermaga Riverhead, Amerika Syarikat tanpa nakhodanya.
LONG ISLAND - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) masih menyiasat kematian misteri seorang pelaut, Frank Closter selepas perahu layarnya mudik tanpa lelaki itu di dermaga Riverhead di sini negeri Connecticut, lapor sebuah akhbar semalam.
Mayat Closter yang berusia 64 tahun ditemui di perairan 24 kilometer dari tempat dia memulakan pelayaran dekat sini dengan menaiki perahu layarnya yang diberi nama Jagular.
Closter dipercayai terjatuh ke laut, namun misteri Jagular yang berukuran 10.4 meter (m) panjang itu belayar sendiri dan mudik di dermaga itu terus mencetuskan tanda tanya.
Seorang pegawai penyiasat mengatakan bahawa pihaknya menemui cermin mata kepunyaan Closter, dompet dan carta perjalanan perahu layar itu.
Jurucakap pengawal keselamatan pantai, John Olsen memberitahu kepada akhbar New York Post, tiada sebarang kerosakan dilihat pada Jagular.
"Perahu layar ini belayar tanpa dipandu oleh sesiapa. Kebarangkalian ia mudik sendiri adalah satu dalam sejuta. Kejadian ini sangat pelik," jelas Olsen.
Isteri Closter, Barbara pula memberitahu pegawai penyiasat berkenaan bahawa suaminya mula belayar dari jeti di Haddam dekat sini pada Khamis lalu dan merancang untuk untuk ke Clinton di negeri New Jersey.
Closter dipercayai terjatuh dari perahu layar tersebut semasa melakukan pelayaran.
Pihak koroner Connecticut masih menyiasat punca sebenar kematian Closter, namun mereka tidak mengesyaki ia perbuatan khianat. - Agensi
PENDUDUK kampung bersama anak gajah yang terjatuh dalam parit di Ladang Felcra Tumbi Rapat Reka, Jeli semalam.
Pekerja ladang Felcra Tumbi Rapat dekat Kampung Reka di Jeli, Kelantan, digemparkan dengan suara seekor anak gajah jantan yang terjatuh ke dalam sebuah parit kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Mereka pada mulanya menyangka anak gajah itu dikejar oleh harimau menyebabkan ada yang bertempiaran lari meninggalkan kawasan ladang berkenaan.
Seorang pekerja ladang itu, Che Mohamed Mazlan Che Wook, 24, berkata, dia sedang menyembur racun rumpai di bawah kaki bukit berhampiran apabila dikejutkan dengan kelibat beberapa rakannya yang lari bertempiaran.
Jelasnya, salah seorang daripada mereka memaklumkan terdengar suara gajah yang dikejar harimau.
"Pada mulanya saya berasa takut untuk melihat apa yang berlaku tetapi bersama seorang rakan, kami memberanikan diri menaiki bukit berkenaan.
Gambar klip video budak lelaki berlumba dengan seekor memerang laut melonjak popular di Internet
Seorang anak kecil di San Diego, Amerika Syarikat (AS), menjadi sensasi di Internet dalam sekelip mata selepas klip video menunjukkan dia berlumba dengan seekor memerang laut disiarkan dilaman perkongsian video You Tube, lapor sebuah akhbar semalam.
Klip video menunjukkan budak lelaki itu bermain kejar-kejar dengan memerang laut tersebut yang berada dalam sebuah akuarium di Zoo San Diego ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh kurang seminggu sejak ia disiarkan di You Tube pada Ahad lalu.
Zoo San Diego merupakan antara zoo terbesar di dunia. Ia memiliki lebih 4000 haiwan daripada lebih 800 spesies.- Agensi
Pemilik Rolls Royce ini jelas tidak mempedulikan tentang pemandu lain dengan mengambil hampir empat petak meletakkan kenderaan.
Sebuah laman web di Britain, Pistonheads mencetuskan kemarahan orang ramai apabila ia menyiarkan sikap angkuh ramai pemilik kenderaan mewah yang meletakkan kereta mereka tanpa mempedulikan hak orang lain, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara kesalahan yang dilakukan golongan elit itu termasuk meletak kereta melintangi dua tempat letak kereta, menggunakan ruang letak kereta golongan kurang upaya dan meletakkan kenderaan di garisan kuning berkembar.
Pemandu kenderaan mewah itu mungkin dapat mengelak daripada disaman pihak berkuasa tetapi sikap buruk tersebut menyebabkan mereka dilabel sebagai 'tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri' oleh pengguna Internet.
Terdapat 6,000 gambar disiarkan di laman web tersebut dengan kebanyakkan kesalahan letak kereta itu dilakukan oleh pemilik kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Porshe dan Rolls Royce. - Agensi
Gambar menunjukkan beberapa kereta mewah diletakkan secara sesuka hati oleh pemiliknya;
Kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dibuka kelmarin di Zoo London
Di London, Sebuah kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dibuka kelmarin di Zoo London, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia mempunyai ruang untuk pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam kolam itu menerusi tingkap yang disediakan.
Pakar penguin Persatuan Zoologi London, Tom Hart berkata, kolam itu lebih besar dan dalam berbanding yang yang terdapat di zoo itu sebelum ini.
Sebelum ini, zoo itu mempunyai kolam untuk penguin yang dibina pada 1934 tetapi ditutup lapan tahun lalu selepas pakar-pakar menyatakan ia tidak lagi sesuai untuk didiami haiwan tersebut. - Agensi
SEORANG kanak-kanak melihat aksi penguin di Zoo London baru-baru ini.
Mia Shengaris, 7, menyapa penguin di persekitaran baru mereka
Penguin berehat di kolam baru mereka
Penguin berenang di kolam baru Zoo London
Kolam baru ini tiga kali ganda lebih dalam dari kolam lama penguin
Kolam lama yang dibina pada 1934 oleh Berthold Lubetkin, tetapi ditutup lapan tahun lalu selepas pakar-pakar menyatakan ia tidak lagi sesuai untuk didiami haiwan tersebut