Selasa, 3 Mei 2011

Bapa roboh rumah anak sendiri

FARIDAH bersama anaknya, Mohd. Syukri membersihkan kawasan rumah mereka yang dirobohkan di Kampung Batu 13, Marang kelmarin.


  Disebabkan enggan menjual rumah kepada anak sendiri, seorang bapa nekad memandu jentolak dan merobohkan rumah yang didiami enam beranak itu dalam kejadian di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Marang, kelmarin.
Suspek yang berusia 67 tahun itu dikatakan bertindak demikian setelah beberapa kali cuba menghalau keluarga anaknya itu, Yusuf Mat Yasin, 52, daripada tinggal di rumah pusaka itu tetapi tidak diendahkan.
Suspek datang ke rumah tersebut bersama tiga orang lelaki yang merupakan adik-beradik tiri Yusuf kira-kira pukul 8.30 pagi dan mula merobohkan garaj kereta, bahagian dapur dan mengorek tanah menggunakan jentolak.

sumber: Kosmo!