Selasa, 24 Mei 2011

Berbuah selepas ditebang



Sekumpulan 12 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap, Segamat terkejut apabila pokok pisang yang ditebang kira-kira dua bulan lalu mengeluarkan setandan pisang kecil di bahagian tengah batangnya yang dipotong.

Kejadian itu menarik perhatian mereka kerana pokok pisang yang hanya tinggal batang setinggi hampir satu meter telah mati dan tidak ada tanda-tanda untuk hidup.


Malah, pokok pisang itu langsung tidak mengeluarkan daun apabila ‘hidup’ semula tetapi hanya berputik dan kemudian menjadi setandan pisang.


Kumpulan pelajar tingkatan lima yang mengikuti mata pelajaran vokasional dalam bidang pertanian mendakwa, kejadian itu adalah kali pertamanya berlaku.


Seorang pelajar, Siti Zubaidah Mohammad berkata, mereka sebelum ini menganggap pokok itu telah mati berikutan keadaannya keadaan luarannya. .


"Kami sangkakan pokok itu hanya mengeluarkan tunas baru dan terus mati, tetapi ia berputik dan mengeluarkan setandan pisang kecil,” katanya.


Rakannya, Mohd. Zaki Jaidi meminta supaya ada pihak yang melakukan kajian saintifik ke atasnya.


Menurutnya, mereka kini menanti perkembangan pokok dan setandan pisang tersebut sama ada boleh membesar serta masak seperti biasa atau sebaliknya. 



Sumber: Sinar Harian