Ahad, 15 Mei 2011

Biji kopi besi kekal suhu minuman

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-0-0BDF368700000578-585_468x351.jpg


NEW JERSEY - Mengambil minuman kopi pada waktu pagi menjadi tabiat kegemaran ramai orang di seluruh dunia.

Kini, sekumpulan pereka menjanjikan tabiat itu akan lebih digemari dengan biji kopi besi yang boleh mamastikan minuman kegemaran itu kekal panas sehingga lima jam.



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-0-0BDF367B00000578-881_468x351.jpg
Coffee Joulies

Biji digelar Coffee Joulies itu turut mampu menurunkan suhu kopi terlalu panas sehingga tiga kali lebih cepat sebelum mengekalkan suhu sesuai untuk diminum.

Ciptaan unik tersebut berfungsi menyerap haba panas di dalam minuman dan menyimpannya untuk sementara, sebelum membebaskan semula haba ke dalam minuman bagi mengelakkannya bertukar menjadi sejuk.

Coffee Joulies tersebut mengandungi bahan istimewa dan tidak bertoksik, yang mana ia diletakkan di dalam bekas besi.



Sumber : Sinar Harian