Shelia Martinez |
ALAMOSA (Colorado): Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas dia menelan pemutar skru.
Shelia Martinez dihantar ke hospital selepas ibubapanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada kanak-kanak berusia dua tahun itu.
Gambar sinar-X menunjukkan satu pemutar skru sepanjang 8.89 sentimeter berada di dalam perut Shelia |
Ujian sinar-X yang dilakukan padanya menunjukkan satu pemutar skru sepanjang 8.89 sentimeter berada di dalam perutnya.
Pakar bedah mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan pemutar skru yang biasanya digunakan untuk mengetatkan bingkai cermin.
Shelia bersama ibu bapanya |
Keluarganya berkata, Shelia kini beransur pulih tetapi mendakwa tidak tahu dari mana dia memperoleh pemutar skru itu.
Pada 2008, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun nyaris mati selepas menelan 10 besi berani dan 20 guli besi. - Agensi