Gambar klip video budak lelaki berlumba dengan seekor memerang laut melonjak popular di Internet
Seorang anak kecil di San Diego, Amerika Syarikat (AS), menjadi sensasi di Internet dalam sekelip mata selepas klip video menunjukkan dia berlumba dengan seekor memerang laut disiarkan dilaman perkongsian video You Tube, lapor sebuah akhbar semalam.
Klip video menunjukkan budak lelaki itu bermain kejar-kejar dengan memerang laut tersebut yang berada dalam sebuah akuarium di Zoo San Diego ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh kurang seminggu sejak ia disiarkan di You Tube pada Ahad lalu.
Zoo San Diego merupakan antara zoo terbesar di dunia. Ia memiliki lebih 4000 haiwan daripada lebih 800 spesies.- Agensi