Ahad, 29 Mei 2011

Burung mampu terbang 6,400km

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/25/article-1390713-0C41FD2A00000578-58_468x381.jpg
                                                                                                                                  Burung Wak-wak

Melihat badannya yang pendek serta paruhnya yang besar, ia tidak kelihatan seperti burung yang dicipta dengan kehebatan luar biasa.

Namun kajian terbaru menunjukkan burung wak-wak adalah antara haiwan yang mempunyai keupayaan untuk terbang paling menakjubkan.


Saintis mendapati burung ini boleh terbang hampir 6,400 kilometer dalam masa tiga hari tanpa perlu berhenti untuk makan atau minum berbanding burung jenis lain yang akan berhenti untuk berehat dan makan semasa penghijrahan merentasi benua .

Saintis Sweden dan Britain yang memakaikan tag pengesan pada burung wak-wak mendapati haiwan itu melakukan penerbangan tanpa henti.

Dan lebih mengejutkan, haiwan ini boleh menempuh perjalanan jauh itu dengan kelajuan sehingga hampir 100 kilometer sejam.

Data yang diperolehi menunjukkan seekor burung wak-wak terbang sejauh 6,168 kilometer dari Eropah ke Afrika dalam tempoh hanya tiga hari manakala seekor lagi merentasi 4,620 kilometer dalam tempoh 48 jam.- DM