-
BRIDLINGTON, Britain - Seekor burung merpati yang pernah menjadi juara pertandingan terbang dijual pada harga 19,000 euro (RM80,456), lapor sebuah akhbar semalam.
Burung itu yang dijual oleh pemiliknya, Kerry Mellonby, 40, dibeli oleh seorang lelaki dari Belanda walaupun haiwan tersebut tidak boleh terbang kerana mengalami kecederaan pada satu sayapnya.
Kerry Mellonby memegang burung merpati yang dijual pada harga RM80,456 |
Haiwan itu berusia enam tahun dan bersara dalam pertandingan terbang pada 2009 selepas menjadi juara dalam 20 pertandingan.