Rabu, 25 Mei 2011

Chevrolet Colorado

http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-1.jpg
Chevrolet Colorado


DICIPTA bagi mewarisi kenderaan kategori pikap Chevrolet yang memenangi pelbagai anugerah menjadi inspirasi pengeluarnya menghasilkan model trak terbaru, Colorado.
Model konsep itu dipertonton kali pertama di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Jentera dengan rekaan tampak maskulin dan gagah itu akan dijual di Thailand akhir tahun ini.

Presiden Operasi Asia Tenggara Chevrolet, Martin Apfel, berkata Chevrolet Colorado itu mewarisi kira-kira 100 tahun lori jenama Chevrolet yang memenangi anugerah.


“Thailand adalah pasaran dunia kedua terbesar untuk pikap, jadi ini destinasi sesuai memperkenalkan Colorado,” katanya.

Jentera itu didatangkan dengan enjin diesel 2.8 liter yang mempunyai kecekapan penggunaan bahan api dan bertenaga bagi menunda kenderaan lain.

Model konsep itu turut dipadankan dengan rim besar dimensi 20 inci yang dibaluti tayar 285/50 R20 sekali gus tampak lebih garang dan bergaya. Rekaannya tampak lebih bertenaga dengan saiz lebih besar dan tinggi selain unik dilihat pada bahagian hadapan.

Selain rekaan dalamannya yang menarik, ia turut dilengkapi skrin LCD tujuh inci pada papan pemukanya untuk memainkan sistem audio dan navigasi.

Kenderaan itu sesuai bagi mereka yang mahu melakukan kerja dan pemanduan harian.


http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-2.jpg



http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-4.jpg



http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-3.jpg



http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-6.jpg


http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-7.jpg


http://newcarinovation.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-chevrolet-colorado-5.jpg




Sumber: myMetro
Foto: newcarinovation.com