MATT STILL melutut di depan Ginny Jioner untuk melamarnya di dalam sebuah pawagam di Atlanta baru-baru ini.
Di Atlanta, seorang lelaki, Matt Still dari sini melamar kekasihnya di dalam panggung wayang yang menayangkan filem yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekasih Still, Ginny Joiner pada awalnya dikatakan ingin menonton filem Hangover 2 di sebuah pawagam.
Dia tidak tahu bahawa reaksinya terhadap lamaran akan dirakam secara rahsia, selain ahli keluarga dan rakan-rakan mereka berada dalam panggung yang sama.
Dalam filem itu, Still berbual dengan bapa Ginny bagi memberitahu dia mahu berkahwin dengan anaknya itu.
Ginny berasa terkejut apabila melihat adegan tersebut.
Still kemudian melutut di hadapan Ginny sebelum menyarungkan cincin di jarinya.
Semua yang ada di dalam pawagam itu bersorak dan menangis kegembiraan.
Rakaman itu yang bertajuk Greatest Marriage Proposal EVER!!! yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube berjaya menarik setengah juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari. – Agensi