Isnin, 16 Mei 2011

Pandu bas dengan siku

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/14/article-1387083-0C0F8A1300000578-801_634x477.jpg
Seorang pemandu bas memandu dengan menggunakan siku kerana kedua-dua tangannya memegang telefon bimbit di Rom baru-baru ini


ROM - Seorang pemandu bas digantung tugas di sini selepas dia didapati memandu dengan menggunakan siku kiri kerana kedua-dua tangannya memegang telefon bimbit, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu itu memandu basnya itu  dengan siku diletakkan pada stereng semasa tangan kirinya memegang telefon bimbit.

Tangan kanannya juga turut memegang sebuah lagi telefon bimbit dekat dengan telinganya kerana dia sedang berbual.

Pesuruhjaya Pengangkutan Wilayah, Francesco Lollobrigida memberitahu akhbar La Repubblica bahawa tugas pemandu itu digantung sehingga keputusan satu sesi disiplin dibuat.

"Pemandu yang membahayakan penumpang yang menaiki kenderaannya perlu dipecat," kata Lollobrigida.

Aksi pemandu bas itu dirakam menerusi telefon bimbit secara rahsia semasa dia memandu kenderaan berkenaan ke Lapangan Terbang Ciampino dekat sini baru-baru ini. - Agensi