Ahad, 15 Mei 2011

Pemburuan bumi baru

PLANET Musytari yang mengeluarkan haba panas mengelilingi matahari dalam satu lakaran artis.
PLANET Musytari yang mengeluarkan haba panas mengelilingi matahari dalam satu lakaran artis.


Planet wujud kehidupan dicari

PHOENIX (Arizona): Kumpulan ‘pemburu planet’ di Amerika Syarikat bertemu pada satu persidangan di Flagstaff, minggu ini bagi mempercepatkan usaha mencari sebuah planet yang mirip dengan bumi.

Pakar astronomi dari Universiti California di Berkeley, Dr Geoff Marcy, berkata walaupun banyak planet di luar sistem suria ditemui, belum ada yang mempunyai ciri menyerupai bumi. 



“Kami belum menemui planet yang mempunyai permukaan berbatu dan boleh menyimpan air yang sesuai untuk kehidupan. Bagaimanapun, kami tidak berputus asa dan akan meneruskan pencarian,” katanya. 

Dr Marcy berkata, jika pihaknya mengesan atau menemui planet yang menyerupai bumi, beberapa langkah perlu diambil untuk mengesahkan penemuan itu sebelum memaklumkannya kepada Pihak Berkuasa Penerbangan dan Angkasa Lepas (NASA) dan Presiden Amerika Syarikat.

“Presiden akan diberi peluang membuat pengumuman itu, sama seperti ketika Presiden Bill Clinton mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan kemungkinan wujudnya hidupan dalam meteor dari planet Marikh.

Beliau juga memberitahu, sejak planet yang mempunyai ukuran sama dengan Musytari, 51 Pegasi B, ditemui pada 1995, lebih 500 planet di luar sistem suria berjaya dikesan.

Dr Marcy adalah anggota Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler, yang berjaya mengenal pasti 1,200 planet sejak dilancarkan pada akhir 2009. – Agensi


Sumber: Berita Minggu