Acton Beale |
BRISBANE, Australia - Seorang pemuda, Acton Beale mati semalam selepas terjatuh dari sebuah bangunan selepas dia melakukan aksi meniarap di atas dinding balkoni selepas terpengaruh dengan trend terbaru di laman Facebook.
Beberapa wanita melakukan aksi meniarap yang merupakan trend terbaru yang diminati pengguna Facebook |
Menurut polis, kejadian berlaku apabila lelaki berusia 20 tahun itu terjatuh dari tingkat tujuh sebuah blok apartmen pada pukul 4.30 pagi.
"Pagi ini kita melihat seorang pemuda bertindak lebih jauh dan cuba meniarap di atas balkoni. Malangnya dia terjatuh dan mati".
"Inilah perkara yang kita bimbangkan namun kita tidak boleh menyatakan insiden ini adalah kematian pertama akibat aksi tersebut di Australia," kata Timbalan Ketua Polis Queensland, Ross Barnett.
Mangsa dan seorang lagi rakannya telah keluar pada malam sebelum kejadian dan melakukan aksi meniarap di pelbagai lokasi ketika dalam perjalanan pulang.
Sebelum ini, pihak berkuasa Australia mengecam trend terbaru itu di Internet yang melibatkan aksi seseorang meniarap seolah-olah seperti sekeping papan dalam situasi luar biasa.