Isnin, 30 Mei 2011

Perahu layar mudik tanpa nakhoda

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/28/article-1391801-0C4F7AFB00000578-198_468x286.jpg  PERAHU LAYAR Jagular yang ditemui mudik di dermaga Riverhead, Amerika Syarikat tanpa nakhodanya.


LONG ISLAND - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) masih menyiasat kematian misteri seorang pelaut, Frank Closter selepas perahu layarnya mudik tanpa lelaki itu di dermaga Riverhead di sini negeri Connecticut, lapor sebuah akhbar semalam.
Mayat Closter yang berusia 64 tahun ditemui di perairan 24 kilometer dari tempat dia memulakan pelayaran dekat sini dengan menaiki perahu layarnya yang diberi nama Jagular.
Closter dipercayai terjatuh ke laut, namun misteri Jagular yang berukuran 10.4 meter (m) panjang itu belayar sendiri dan mudik di dermaga itu terus mencetuskan tanda tanya.
Seorang pegawai penyiasat mengatakan bahawa pihaknya menemui cermin mata kepunyaan Closter, dompet dan carta perjalanan perahu layar itu.
Jurucakap pengawal keselamatan pantai, John Olsen memberitahu kepada akhbar New York Post, tiada sebarang kerosakan dilihat pada Jagular.
"Perahu layar ini belayar tanpa dipandu oleh sesiapa. Kebarangkalian ia mudik sendiri adalah satu dalam sejuta. Kejadian ini sangat pelik," jelas Olsen.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/28/article-1391801-0C4F3D2800000578-432_468x299.jpg

Isteri Closter, Barbara pula memberitahu pegawai penyiasat berkenaan bahawa suaminya mula belayar dari jeti di Haddam dekat sini pada Khamis lalu dan merancang untuk untuk ke Clinton di negeri New Jersey.
Closter dipercayai terjatuh dari perahu layar tersebut semasa melakukan pelayaran.
Pihak koroner Connecticut masih menyiasat punca sebenar kematian Closter, namun mereka tidak mengesyaki ia perbuatan khianat. - Agensi