Prototaip: PaperPhone mempunyai paparan elektronik yang fleksibel, sangat ringan, diperbuat daripada filem nipis, dan mampu berfungsi seperti telefon bimbit pintar. |
ONTARIO - Sejenis komputer kertas pertama dunia dicipta bakal mengubah dunia teknologi buat beberapa tahun akan datang.
Ciptaan terbaru dinamakan PaperPhone itu mempunyai paparan elektronik boleh lentur yang dijangka menjadi pencetus generasi komputer baru.
PaperPhone itu juga lebih ringan dan diperbuat daripada jalur filem nipis, di mana alat yang masih dalam peringkat prototaip itu mampu berfungsi seperti telefon bimbit pintar.
Ia mampu menyimpan salinan buku elektronik, memainkan lagu, menghantar pesanan ringkas dan membuat panggilan.
Lebih mengagumkan, PaperPhone dicipta oleh pengarah Universiti Queen’s di Kanada, Roel Vertegaal itu tidak menggunakan sebarang bekalan kuasa jika tidak disentuh pengguna.
Sumber: Sinar Harian