Khamis, 2 Jun 2011

Ahli astronomi temui klon Bima Sakti

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/01/article-1393001-0C5A3C8C00000578-189_964x803.jpg
Beberapa ahli astronomi menemui klon Bima Sakti semasa menggunakan teleskop di Balai Cerap Eropah Selatan di La Silla, Chile.


Beberapa ahli astronomi di La Silla, Chile, menemui klon Bima Sakti dengan menggunakan teleskop berukuran 2.2 meter di Balai Cerap Eropah selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bima Sakti mengandungi Bumi dan menempatkan sistem solar, planet dan berbillion-bilion bintang dan ia akan kelihatan seperti lingkaran cahaya jika dilihat dari jauh.

Klon Bima Sakti yang ditemui ahli-ahli astronomi itu terletak kira-kira 30 juta tahun cahaya dari Bumi di buruj selatan Pavo. - Agensi