Isnin, 27 Jun 2011

Atrix telefon pintar berkuasa komputer

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/03/article-1383133-0BDEBFD000000578-685_468x546.jpg

Mungkin bagi penggemar telefon pintar menganggap telefon keluaran Motorola ini sudah ketinggalan berbanding jenama telefon pintar lain seperti Samsung, Blackberry, iPhone, Nokia mahupun Sony Ericsson. Namun, dengan kemunculan telefon pintar terbaru daripada Motorola ini pasti membuka mata peminat telefon pintar. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/03/article-1383133-0BDEBA5100000578-162_468x370.jpg


Pemenang anugerah telefon pintar terbaik oleh CNET dalam Pameran Elektronik Pengguna (CES 2011), Motorola Atrix ini mula menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan oleh pengguna sejak diperkenalkan awal Januari lalu. Telefon pintar generasi kedua ini didatangkan dengan Android 2.2, ketika dilancarkan dan bakal dikemas kini pada masa akan datang, menawarkan pengalaman komputer mudah alih dalam tangan.

Motorola Atrix didatangkan dengan aplikasi webtop, memberi perubahan besar dalam dunia pengkomputeran yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, apabila telefon pintar direka bagi membawakan kemudahan komputer hanya menerusi telefon bimbit. Aplikasi Webtop menjalankan paparan penuh Mozilla Firefox 3.6 dan menyokong pemain Abode Flash untuk membuka semua grafik, animasi dan laman web.

Telefon pintar generasi kedua ini didatangkan dengan pemprosesan dwi teras 1GHz dan mampu menghantar kuasa pemprosesan sehingga 2 GHz menjadikan ia sebuah telefon pintar berkuasa tinggi pertama dunia untuk menikmati pengalaman mudah alih tanpa henti.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/03/article-1383133-0BDEBA2D00000578-331_468x286.jpg



Komputer mudah alih hujung jari

Atrix direka untuk menjadi hab utama pengguna digital untuk mencipta, mengedit dokumen, media dan kandungan yang turut dibantu oleh aplikasi multimedia dok webtop Motorola HD dan Motorola Lapdock yang memberikan pengguna papan kekunci skrin besar dan trackpad yang lebih interaktif.

Ketika aplikasi webtop menjalankan aplikasi Android pada Windows, pengguna masih boleh melayari laman web kegemaran menerusi paparan Firefox, mengedit dokumen, menghantar mesej ringkas mahupun membuat panggilan telefon pada masa sama, yang mana panggilan telefon tersebut tidak terputus walaupun ketika Motorola Atrix dikeluarkan daripada dok. 



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/03/article-1383133-0BDECE7F00000578-258_468x313.jpg


Selain itu, pengguna juga boleh melayari laman web, rangkaian sosial, aplikasi web HTML5 dan perkhidmatan pengkomputeran awam, serta menikmati foto, muzik, video di dalam skrin besar rumah anda.

Menurut Pengarah Kanan Jualan Asia Tenggara Motorola, Robert Van Tilburg, Malaysia adalah negara yang semakin maju yang menggunakan telefon pintar sebagai hab utama digital kehidupan.

"Kewujudan Motorola Atrix membawa perubahan dalam era revolusi pengkomputeran mudah alih. Aplikasi webtop adalah salah satu daripada inovatif kami untuk membolehkan pengguna memperluaskan keupayaan telefon pintar supaya mereka dapat terus berhubung, menerima maklumat dan dihiburkan sama ada di rumah, tempat kerja dan di mana sahaja," katanya.

Motorola Atrix juga mampu menyokong memori sehingga 48GB, iaitu 16 GB memori dalaman dan 32GB untuk memori kad MikroSD, yang memberikan pengguna ruang yang besar untuk menyimpan lagu, foto dan fail. Atrix turut diperkaya dengan paparan skrin pertama dunia qHD (Quater high definition), Corning Gorilla Glass dengan 24 bit warna.

Selain itu, Atrix direka bentuk nipis dan hanya seberat 135 gram, kamera depan dan belakang 5 mega piksel dengan kemampuan merakamkan gambar dalam definisi tinggi.

Motorola Atrix kini sudah boleh diperoleh bermula bulan ini dengan harga pasaran RM1,999 atau layari www.brightstarcorp.com.my, sebagai pengedar rasmi Motorola.