MENARIK...Audi A1 Clubsport Quattro.
SEKALI pandang pasti terpikat dengan model konsep terbaru kenderaan pengeluaran automotif Jerman, Audi A1 Clubsport Quattro di pertunjukan kereta Wrotherseetour ke-30 di Reifnitz, Austria, minggu lalu.
Model konsep itu dipersembahkan dalam pertemuan peminat kenderaan jenama Audi, Seat, Skoda dan Volkswagen yang berlangsung empat hari bermula 1 Jun lalu.Penampilannya dengan kombinasi warna putih membuatkan tampak bergaya selain dipadankan dengan bumbung diperbuat daripada polimer yang diperkuatkan gentian karbon.
Bonet yang mempunyai lubang udara dengan jeriji bentuk sarang lebah hitam dan lampu utama dengan bingkai merah kelihatan jentera itu lebih sporty di jalan raya.
Bonet yang mempunyai lubang udara dengan jeriji bentuk sarang lebah hitam dan lampu utama dengan bingkai merah kelihatan jentera itu lebih sporty di jalan raya.
Ia juga dilengkapi kerusi ‘bucket’ berasaskan gentian karbon ringan yang dipadankan khas untuk pemandu dan penumpang hadapan seperti dalam kenderaan perlumbaan.
Bahagian belakang kabin pula tidak dilengkapi tempat duduk penumpang dan hanya tempat menyimpan topi keledar perlumbaan.
Bagaimanapun, ‘jantung’ jentera itu dipadankan dengan enjin lima silinder kapasiti 2.5 liter dan turut dibantu pengecas turbo serta suntikan bahan bakar secara terus.
Secara langsung, enjin TFSI itu mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 503 kuasa kuda (hp) dan lebih tinggi berbanding model Audi TT RS dan RS 3 Sportback.
Berat keseluruhannya yang mencecah 1,390 kilogram itu turut mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan catatan 3.7 saat.
Sementara itu, bagi mencecah kelajuan 0 hingga 200 km/j, jentera berkenaan hanya memerlukan 10.9 saat.
Ia dilengkapi transmisi manual enam kelajuan dengan pacuan empat roda yang dipertingkatkan untuk pengendalian terbaik dan mampu memecut hingga 250 km/j.
Rim dengan dimensi 19 inci itu dibaluti dengan tayar bersaiz 255/30 dengan rekaan unik apabila kelihatan seperti turbin.
Sumber: HMetro
Foto: carmotif.com