Seorang jurugambar, Sergey Ivanov panik seketika selepas seekor anak harimau bintang melompat di atas bumbung jip dan mendekatinya di sebuah taman hidupan liar persendirian di Namibia dekat sempadan Botswana, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, anak harimau betina itu duduk di depan Ivanov menyebabkan perasaan paniknya hilang kerana haiwan tersebut seolah-olah berminat untuk gambarnya dirakamkan baru-baru ini. - Agensi