Rabu, 1 Jun 2011

Kanak-kanak 10 tahun jalani pembedahan ikat perut

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392423-0C54AC6100000578-346_468x560.jpg http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392423-0C54AC8100000578-920_233x510.jpg
Ksithijj Jindger sebelum dan selepas menjalani pembedahan mengikat perut


Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan seberat 127 kilogram (kg) di Chennai, India, merupakan kanak-kanak termuda di dunia yang menjalani pembedahan mengikat perut, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan murid lelaki itu, Ksithijj Jindger terlalu ekstrem sehingga memaksa ibu bapanya membayar untuk dia menjalani pembedahan tersebut.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392423-0C54ABE200000578-212_468x366.jpg 
Ksithijj pada hari ulangtahunnya yang ke-5


Ketika usianya baru tiga tahun, berat badan Ksithijj telah mencecah 50kg dan beratnya terus bertambah. Doktor-doktor di India belum pernah melakukan pembedahan itu ke atas individu berusia begitu muda sebelum ini, tetapi pembedahan tersebut mencatat kejayaan.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392423-0C54AC3500000578-292_468x676.jpg


Setahun kemudian, berat Ksithijj turun dengan banyak dan dia kini seberat 69 kg.
"Kami amat gembira.Dia dahulunya terlalu gemuk. Kami bimbang dia akan mati sebelum dapat menyambut hari jadinya yang ke-11," kata ibunya. - Agensi