Jumaat, 3 Jun 2011

Kereta kebal ada televisyen, sistem muzik

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392406-0C54C8CA00000578-990_634x380.jpgPAUL HAYNES duduk di dalam kereta kebal miliknya.

 

Seorang bekas askar Britain yang menjadi ahli perniagaan, Paul Haynes menghiasi sebuah kereta kebal yang dibelinya tiga tahun lalu dengan televisyen dan sistem bunyi, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Haynes yang juga bekas askar yang ditugaskan memandu kereta kebal turut memandu kenderaan berkenaan di jalan raya di sini.
"Orang ramai berhenti dan memandang kereta kebal ini sebelum merakamkan gambar, melambaikan tangan dan memberikan senyuman," katanya merujuk kepada kereta kebal tersebut.
Kereta kebal itu menggunakan enjin Rolls-Royce enam silinder dan dikeluarkan di sebuah kilang di Coventry sejak tahun 1966.
Ia kini dilelong di laman e-Bay dengan harganya bakal mencecah £12,000 (RM59,269).
Hasil wang lelongan itu akan disumbangkan kepada dana kebajikan untuk membantu kehidupan askar-askar Britain yang dikenali sebagai Help For Heroes. - Agensi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392406-0C54C8D300000578-767_634x360.jpg
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392406-0C54C88200000578-460_634x384.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392406-0C54C8E600000578-88_634x348.jpg
                                                                                        Paul Haynes di dalam kereta kebal miliknya



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/30/article-1392406-0C54C4E600000578-580_634x286.jpg
                              Kereta kebal milik Paul Haynes dipandu di atas sebatang jalan raya di Leamington, Britain baru-baru ini.