Khamis, 2 Jun 2011

Lelaki duduki tangga ke-98 wanita paling seksi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/01/article-1393035-0D57976F000005DC-871_233x517.jpg
                                                                                                    Andrej Pejic


Seorang lelaki yang berwajah jelita di Sydney, Andrej Pejic, dipilih pembaca majalah FHM untuk menduduki tempat ke-98 daripada 100 orang wanita paling seksi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilihan Pejic yang berusia 19 tahun itu menerusi undian pembaca majalah tersebut bagaimanapun menerima banyak komen kurang menyenangkan daripada segelintir pihak.

Nama Pejic dalam senarai itu telah digugurkan daripada laman web rasmi FHM namun namanya masih kekal dalam senarai berkenaan menerusi versi cetak majalah tersebut untuk edisi bulan ini.

 
                          On the catwalk: The androgynous model walks down the runway at Paris' Jean Paul Gaultier show  On the catwalk: The androgynous model walks down the runway at Paris' Jean Paul Gaultier show 

Pejic pernah menyatakan bahawa dia berasa gembira dapat menjadi model untuk pakaian lelaki dan wanita selain berhasrat untuk muncul dalam majalah bogel Playboy.

Dalam satu temu bual awal tahun ini, Pejic memberitahu:
" Kadangkala saya berasa lebih cenderung untuk menjadi wanita manakal selebihnya saya anggap diri saya seperti lelaki.
" Saya pasti ramai orang yang berpendapat bahawa saya adalah wanita," katanya.

Majalah FHM dalam satu kenyataan meminta maaf ekoran kekecohan yang berlaku berhubung nama model tersebut dimasukkan dalam senarai 100 wanita paling seksi di dunia.

Bakat Pejic yang dilahirkan di Tuzla, Bosnia dan dibesarkan  Melbourne,Australia itu dikesan oleh seorang ejen pencari bakat ketika dia sedang bekerja di rangkaian restoran makanan segera terkemuka, McDonald's. -Agensi