KAMPUNG BAKONG – Seorang pemuda terkejut apabila melihat sebilah keris berwarna keemasan dijumpai dalam timbunan tanah berhadapan kediamannya, dekat sini.
Mohd Nuji Mat Ghani, 30, berkata, Khamis lalu, dia baru menerima penghantaran tiga lori tanah untuk membina rumah.
Menurutnya, ketika sedang meratakan tanah tersebut dia terlihat keris tersebut dan pada mulanya menyangka ia hanya seruas buluh.
“Apabila saya dekati ia sebenarnya sebilah keris. Kemudian saya bersihkannya dan kemudian terasa tidak sedap hati untuk memegangnya.
“Saya menggigil dan memanggil abang saya, Mat Hussin untuk mengambilnya. Kini ia terletak dalam simpanan abang saya,” katanya semalam.
Sementara itu, Mat Hussin berkata, melihat corak keris itu, beliau percaya keris itu adalah keris lama.
“Keris ini berlok sembilan dan berwarna keemasan. Saya percaya ia mungkin milik orang dahulu kala yang bermastautin di Bukit Mak Lipah atau Bukit Marak di mana asal tanah ini diambil.
“Memandangkan saya tidak tahu asal usul keris ini dari mana, ia disimpan di dalam air bunga mengikut petua orang dahulu,” katanya.
Menurutnya, sejak menyimpan keris itu, pelbagai kejadian aneh dialaminya termasuk lampu elektrik di kediamannya sering menyala dengan sendiri dan lampu suluhnya yang rosak dan pecah turut nyala dengan sendiri.
Beliau juga berminat untuk mengetahui usul keris ini sekiranya ada penduduk dari kawasan bukit berkenaan mengetahuinya.