Ahad, 31 Julai 2011

Motosikal paling panjang di dunia

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/28/article-2019674-0D32107500000578-932_964x384.jpg
COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini. 
 
 
Seorang tukang paip di Grantham, Britain , Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/28/article-2019674-0D3213AC00000578-258_964x300.jpg

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.
Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.
Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.
Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi

Khamis, 28 Julai 2011

Hot dog paling mahal di dunia

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/25/article-0-0D2847C300000578-906_468x338.jpg
GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu. 

Hot dog paling mahal di dunia boleh ditemui di Brockton, Amerika Syarikat. Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/25/article-0-0D28477700000578-214_468x321.jpg
 
Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.
Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.
Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. - Agensi.

Isnin, 18 Julai 2011

Puting di tapak kaki wanita

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/18/article-2016227-0D0E63DB00000578-743_468x612.jpg
                                                               Unik...kaki seorang wanita muda yang mempunyai puting ketiga di kakinya.

Seorang wanita muda di London mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.
Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.
Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/18/article-2016227-0D0E63DF00000578-885_468x353.jpg

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.
“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

Teksi dihempap kereta SUV

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/16/article-0-0D0A9BE500000578-296_468x253.jpg
                                                     BUMBUNG sebuah teksi remuk dihempap kenderaan Land Rover (kiri) di New York kelmarin.

Bumbung sebuah teksi dihempap kenderaan utiliti sukan (SUV), Land Rover yang terbabas semasa dipandu selaju 193 kilometer sejam di sebuah jejantas di New York, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu apabila Land Rover itu terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya sebelum terbalik dan menghempap bumbung teksi.
Kenderaan Land Rover itu jatuh dari ketinggian 6.09 meter dan menghempap bumbung teksi tersebut yang sedang berhenti di sini.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/16/article-2015577-0D0ABB7B00000578-139_468x312.jpg
 
Namun, apa yang menakjubkan tiada sesiapa pun yang cedera dalam nahas itu.
Land Rover itu dinaiki tujuh orang dengan dua daripadanya cedera parah manakala pemandu teksi hanya mengalami kecederaan kecil.
Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan terpaksa menarik bumbung Land Rover untuk menyelamatkan mangsa.
"Saya hampir pengsan apabila melihat kereta tersebut," kata saudara pemandu teksi itu, Amar Abbas.
"Saya hampir kehilangannya. Dia seorang lelaki yang bertuah," tambahnya.

Menurut seorang saksi, Brian Duncan, dia bergegas ke teksi itu dan mendapati pemandunya, Raza Abbas menjerit selepas bumbungnya dihempap Land Rover. - Agensi

Mengidam penggilap perabot

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/17/article-2015690-0D0B6F4400000578-738_468x323.jpg
EMMA dengan penggilap perabot kegemarannya. 

Seorang ibu di Birmingham menghadapi masalah pelik sepanjang tempoh kehamilannya - mengidam makan penggilap perabot.
Emma Veness, 26, perlu makan semburan pembersih itu sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Wanita yang hamil tujuh bulan itu sudah memakan tiga tin semburan pembersih meskipun bimbang ia boleh menjejaskan bayi perempuan yang dikandungnya.
Emma yang disahkan menghidap Pica, penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan penghidapnya mengidam bahan bukan makanan berkata: “Saya tidak dapat menjelaskan kenapa saya begitu sukakannya.

Saya berpendapat ia banyak berkait dengan teksturnya.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/17/article-2015690-0D0B717500000578-487_468x434.jpg

“Biasanya saya akan menyemburnya sedikit pada jari dan menjilatnya atau menyemburnya pada kain pengesat dan menghisapnya.”
Emma yang berasal dari Birmingham mula mengidam penggilap perabot apabila hamil dengan anak pertamanya, Darcie yang kini berusia 11 bulan.

Seperti dirinya, teman lelakinya, Gavin Wallis, 27, begitu terdesak untuk menghentikan ketagihan Emma.
Emma, gemar penggilap daripada jenama Asda Smart Price berkata: “Saya mengunjungi doktor tetapi dia hanya memberitahu saya supaya memakan coklat.” - Agensi

Ahad, 17 Julai 2011

Kren hempap stesen KTMB


KREN serta besi tiang papan iklan gergasi jatuh merentangi landasan di stesen KTMB Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melalui Stesen Kuala Lumpur di Jalan Sultan Hishamuddin semalam mengalami gangguan berikutan insiden kren terbalik di platform stesen itu.
Kejadian pukul 12.44 malam kelmarin itu melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang berhampiran platform empat stesen itu.
"Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh melintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform empat, tiga dan dua menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui dan hanya platform satu yang boleh digunakan," kata KTMB dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tiada sebarang kemalangan jiwa termasuk pengendali kren dilaporkan tetapi kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel rosak akan dilakukan sehingga Isnin ini.
KTMB turut menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.


Sumber: Kosmo!

Sabtu, 16 Julai 2011

Misteri lingkaran aneh di Stonehenge

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/14/article-2014711-0D016E8600000578-346_634x895.jpg
BENTUK lingkaran misteri yang ditemui di kawasan dekat monumen batu Stonehenge (atas) di Wiltshire, Britain pada Rabu lalu. 

 
Di London, satu lingkaran gergasi yang aneh ditemui dekat dengan lokasi pelancongan monumen batu purba Stonehenge di Wiltshire, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lingkaran yang mempunyai diameter 60.96 meter yang ditemui pada Rabu lalu itu dipercayai mungkin disebabkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), daya tarikan medan magnet atau buatan manusia.
Ia merupakan lingkaran ketiga yang ditemui di kawasan dekat Stonehenge sejak awal tahun ini. Misteri mengenai punca sebenar kewujudan lingkaran misteri masih tidak dapat dirungkai sehingga kini. - Agensi


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/14/article-2014711-0D016DC200000578-884_634x477.jpg
Ia merupakan lingkaran ketiga yang ditemui di kawasan dekat Stonehenge sejak awal tahun ini. 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/14/article-2014711-0C622D96000005DC-244_634x286.jpg
Lokasi pelancongan monumen batu purba Stonehenge di Wiltshire

Ubah suai Ford jadi Bugatti Veyron

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/15/article-0-0D01C66A00000578-966_964x475.jpgKERETA Ford Cougar yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron.

Seorang peminat kereta di Miami, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600 (RM4,812) menjadi kereta sport Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.
Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).
Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam. - Agensi 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/15/article-2015002-0D01C63800000578-492_470x409.jpg
KERETA Ford Cougar


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/15/article-2015002-0D028CE500000578-857_470x409.jpg
Kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/15/article-2015002-0D028CD800000578-291_964x457.jpg 
Duke menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/07/15/article-2015002-06434FA1000005DC-490_964x456.jpg
Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).