Rabu, 31 Ogos 2011

Kereta berusia 107 tahun masih berfungsi


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/29/article-2031370-0D9E236900000578-258_634x443.jpg
BRIAN CASELEY (kanan) memandu kereta berusia 107 tahun di Sherborne, Britain baru-baru ini.

Di Sherborne, Britain, sebuah kereta dua tempat duduk yang dibina pada 1904 masih boleh bergerak dan didakwa tidak pernah mengalami kerosakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta model Wolseley 6 itu dibeli oleh Brian Caseley, 65, pada 2004 daripada seorang rakannya yang merupakan pengumpul kereta vintaj.
Namun, harga kereta itu tidak didedahkan kepada media.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/29/article-2031370-0D9E237E00000578-407_634x414.jpg



Kereta tersebut mempunyai kelajuan maksimum 46.67 kilometer sejam.
Namun, jumlah jarak pergerakan kereta itu tidak diketahui kerana ia tidak dilengkapi dengan meter perbatuan.
Isteri Brian, Pat, 63, berkata, kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan dan masih berada dalam keadaan elok seperti ia baharu dikeluarkan.


 http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/29/article-2031370-0D9E22E700000578-823_634x487.jpg 


“Kereta itu menggunakan 3.78 liter petrol untuk perjalanan di antara 48.28 kilometer hingga 64.37 kilometer dan ia lebih efisen daripada kebanyakan kereta pada hari ini,” katannya.
Pemilik pertama kereta itu ialah E. H. Greenly dari Titley Court, Herefordshire yang memilikinya pada 1905. – Agensi

Selasa, 30 Ogos 2011

Surat khabar lama ganti petrol

  
http://images.gizmag.com/gallery_lrg/butanol.jpg 
Dari kiri, Hailee Rask, Harshad Velankar dan Profesor Madya David Mullin.

Sekumpulan saintis Universiti Tulane di Amerika Syarikat (AS) menemui kegunaan baru untuk surat khabar lama iaitu menjadikannya bahan api bio bagi menggantikan petrol, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka berkata, kereta pada masa hadapan boleh bergerak dengan menggunakan kertas termasuk surat khabar lama.
Perkembangan tersebut adalah susulan penemuan sejenis bakteria dikenali sebagai TU-103 yang ‘memakan’ kertas untuk menghasilkan butanol iaitu sejenis bahan api bio yang boleh menggantikan petrol.

“Di Amerika Syarikat sahaja, sekurang-kurangnya 323 tan kertas boleh digunakan untuk menghasilkan butanol yang dibuang pada setiap tahun,” kata ketua penyelidikan tersebut, Profesor Madya David Mullin.
Menurutnya, kajian itu menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.
“Kajian kami pasti dapat mengurangkan kos untuk menghasilkan bahan api bio yang agak tinggi pada masa ini,” tambahnya. – Agensi



Lelaki Cuba bangga miliki 24 jari



YOANDRI HERNANDEZ GARRIDO menunjukkan dua belah tangannya
yang memiliki 12 jari.


Mereka memanggilnya 24. Seorang lelaki di Baracoa, Cuba, Yoandri Hernandez Garrido mendapat nama gelaran tersebut kerana enam jari yang terdapat pada setiap tangan dan kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun sedar dia berbeza dengan orang lain, lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia menganggap dirinya bertuah kerana memiliki jari-jari ekstra.

“Jari-jari ini kurniaan Tuhan kerana dengannya, saya mudah memanjat pokok kelapa dan memetik buahnya untuk mencari rezeki,” kata Garrido.
“Terima kasih kepada 24 jari saya, saya dapat menyara hidup. Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap,” tambahnya.

Selain memetik buah kelapa, Hernandez turut menerima bayaran sehingga AS$10 (RM29.80) daripada pelancong yang mahu bergambar dengannya.
Penduduk Cuba rata-rata menerima gaji cuma AS$20 (RM59.60) sebulan. – Agensi


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030944-0D95E78700000578-316_306x436.jpg   http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030944-0D96192100000578-64_306x436.jpg 
“Jari-jari ini kurniaan Tuhan kerana dengannya, saya mudah memanjat pokok kelapa dan
memetik buahnya untuk mencari rezeki,” kata Garrido


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030944-0D95E0BD00000578-84_634x389.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030944-0D95E0C300000578-140_634x412.jpg
Selain memetik buah kelapa, Hernandez turut menerima bayaran 
sehingga AS$10 (RM29.80) daripada pelancong yang mahu 
bergambar dengannya.


Fesyen rambut serupa untuk jimat elektrik

Japanese businessman leaning on a window   http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030793-0D97EAA700000578-576_224x312.jpg 
Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di Tokyo mahu pekerja lelakinya 
memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut
pendek dan ‘comel’.

Sebuah firma di Jepun memperkenalkan langkah penjimatan tenaga unik dengan mengarahkan 2,700 kakitangannya mendapatkan potongan rambut serupa, lapor sebuah akhbar semalam.
Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di Tokyo mahu pekerja lelakinya memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut pendek dan ‘comel’.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030793-0D988B9800000578-412_468x373.jpg
Ibu pejabat Firma Maeda Corporation di Tokyo   

Langkah tersebut diharap dapat memendekkan masa penggunaan pengering rambut dalam kalangan kakitangan firma berkenaan, sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
“Syarikat kami sangat berminat untuk melindungi alam sekitar. Jadi, kami menggalakkan staf kami mengamalkan banyak amalan yang mesra alam sekitar,” kata jurucakap firma berkenaan, Chizuru Inoue.
“Kami belum pasti mengenai bukti kajian. Tetapi kami percaya mereka yang berambut pendek tidak perlu menggunakan pengering rambut terlalu lama berbanding orang berambut panjang,” tambahnya.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030793-0D5C35FD00000578-104_468x306.jpg 
Loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi
dan tsunami pada Mac lalu.

Jepun mengalami kekurangan tenaga yang serius selepas penutupan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.
Loji tersebut menyalurkan tenaga elektrik ke bahagian timur laut Jepun. – Agensi

Isnin, 29 Ogos 2011

Planet berlian ditemui


PLANET berlian seperti yang digambarkan oleh penyelidik Pusat 
Astrofizik Institut Harvard Smithsonian di Amerika Syarikat (AS)

Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian. 

Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di Britain menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/25/article-2030138-0D84C01600000578-266_636x419.jpg
Para saintis antarabangsa menemui planet berlian itu selepas 
mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah 
hancur dinamakan pulsar.


Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.
Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.
Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi. – Agensi

Ilama diajar seperti anjing

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/25/article-2029997-0D9049EC00000578-532_634x532.jpg
TERRI CROWFOOT mengajar seekor llama melompat ke dalam 
gelung plastik di Southampton baru-baru ini. 


Di Southampton, sekumpulan tujuh ekor llama dan seekor alpaka diajar untuk mematuhi arahan manusia menyebabkan haiwan itu menurut perintah seperti anjing, lapor sebuah akhbar semalam. 

Llama ialah haiwan dalam keluarga unta sama seperti alpaka.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/26/article-2029997-0D90467F00000578-457_634x349.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/25/article-2029997-0D90461300000578-828_634x415.jpg


Satu pasangan suami isteri, Tim, 66, dan Terri Crowfoot, 65, mengajar haiwan itu di sini supaya duduk, menangkap bola, bergolek dan melompat ke dalam gelung plastik.

Pasangan itu amat terkejut kerana mereka tidak menyangka haiwan tersebut boleh mematuhi arahan yang diberikan mereka.
Haiwan itu diajar pada setiap hari yang mengambil masa di antara sejam hingga tiga jam.
- Agensi


UFO didakwa mendarat di Siberia



KLIP video menunjukkan lima makhluk asing (bulatan) berjalan
keluar selepas piring terbang mereka mendarat.

IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.
Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka. 

Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.
Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk. 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/26/article-2030415-0D93CB5F00000578-178_634x455.jpg
Beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.


“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu,” kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.

“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya.
Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.

Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit.
Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum.

Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan.
Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia.

Pada hujung Februari lalu, beberapa pegawai trafik udara di Yakutks, Siberia mendakwa mereka melihat sebuah UFO pada paparan radar bergerak selaju 9,600 kilometer sejam pada altitud 19,812 meter. 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/21/article-1379214-0BB8486300000578-323_634x408.jpg
Gambar kecil: Timur Hilal dan Kirill Vlasov yang mengaku mereka 
cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia, 
pada April lalu.


Pada April lalu dua pelajar Rusia, Timur Hilall, 18, dan Kirill Vlasov, 19, mengaku mereka cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia.
– Agensi

Khamis, 25 Ogos 2011

Lembu tersangkut pada penghadang jalan


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/23/article-0-0D8A01B100000578-780_634x326.jpg
SEEKOR lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat
kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali baru-baru ini.

Seekor lembu telah tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku apabila lembu itu cuba untuk melompat melepasi penghadang jalan itu.
Namun, kesilapan lompatan itu menyebabkan ia hilang iimbangan sekali gus mengakibatkan badan haiwan tersebut tersangkut pada penghadang jalan baru-baru ini.
Seorang mekanik, Roberto Marano, 42, berjaya merakamkan gambar haiwan itu.
Namun, katanya, lembu itu akhirnya berjaya melepaskan diri. - Agensi



Kapsul belon untuk pelancong lihat Bumi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/24/article-2029216-0D89BEAB00000578-373_634x416.jpg
BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong. 

Di Barcelona, sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.
Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/24/article-2029216-0D89BE9B00000578-565_634x367.jpg
KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon. 

Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.

Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.
Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi



Jumaat, 19 Ogos 2011

Ferrari termasuk ke dalam laut

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/17/article-2026978-0D75E0CC00000578-65_634x473.jpg
SEBAHAGIAN badan kereta Ferrari termasuk ke dalam laut di Pulau Pag, Croatia baru-baru ini.

Seorang pemilik kereta mewah Ferrari yang selesai menikmati hidangan di sebuah restoran terkejut apabila melihat sebahagian badan kenderaannya itu berada di dalam laut, lapor sebuah akhbar di Zagreb, Croatia, kelmarin.
Kejadian itu berlaku disebabkan brek sebuah van Renault berwarna putih tidak berfungsi menyebabkan ia berundur dan melanggar kereta Ferrari 360 Spider itu yang berharga £120,000 (RM591,273).

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/17/article-2026978-0D75DEFC00000578-545_634x473.jpg

Sebahagian badan kereta itu terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Pemandu Ferrari itu meletakkan keretanya di tepi pelabuhan kerana dia mahu makan di sebuah restoran berdekatan.
Seorang komposer, Tibor Szirovicza, 29, sempat merakamkan gambar kejadian yang memalukan itu yang berlaku di Pulau Pag.
Namun, pemandu Ferrari tersebut memiliki sebuah trak tunda dan mengarahkan salah sebuah trak penunda miliknya untuk menunda kereta miliknya itu. – Agensi

Jumaat, 5 Ogos 2011

Akibat parkir sesuka hati

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/03/article-2021838-0D43D18F00000578-308_634x352.jpg
                         ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram. 

Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/03/article-2021838-0D43D1A700000578-819_634x386.jpg
Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.


Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.
Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.

Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.

“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.

“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi