Seorang pemilik kereta mewah Ferrari yang selesai menikmati hidangan di sebuah restoran terkejut apabila melihat sebahagian badan kenderaannya itu berada di dalam laut, lapor sebuah akhbar di Zagreb, Croatia, kelmarin.
Kejadian itu berlaku disebabkan brek sebuah van Renault berwarna putih tidak berfungsi menyebabkan ia berundur dan melanggar kereta Ferrari 360 Spider itu yang berharga £120,000 (RM591,273).
Sebahagian badan kereta itu terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Pemandu Ferrari itu meletakkan keretanya di tepi pelabuhan kerana dia mahu makan di sebuah restoran berdekatan.
Seorang komposer, Tibor Szirovicza, 29, sempat merakamkan gambar kejadian yang memalukan itu yang berlaku di Pulau Pag.
Namun, pemandu Ferrari tersebut memiliki sebuah trak tunda dan mengarahkan salah sebuah trak penunda miliknya untuk menunda kereta miliknya itu. – Agensi