Selasa, 30 Ogos 2011

Fesyen rambut serupa untuk jimat elektrik

Japanese businessman leaning on a window   http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030793-0D97EAA700000578-576_224x312.jpg 
Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di Tokyo mahu pekerja lelakinya 
memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut
pendek dan ‘comel’.

Sebuah firma di Jepun memperkenalkan langkah penjimatan tenaga unik dengan mengarahkan 2,700 kakitangannya mendapatkan potongan rambut serupa, lapor sebuah akhbar semalam.
Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di Tokyo mahu pekerja lelakinya memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut pendek dan ‘comel’.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030793-0D988B9800000578-412_468x373.jpg
Ibu pejabat Firma Maeda Corporation di Tokyo   

Langkah tersebut diharap dapat memendekkan masa penggunaan pengering rambut dalam kalangan kakitangan firma berkenaan, sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
“Syarikat kami sangat berminat untuk melindungi alam sekitar. Jadi, kami menggalakkan staf kami mengamalkan banyak amalan yang mesra alam sekitar,” kata jurucakap firma berkenaan, Chizuru Inoue.
“Kami belum pasti mengenai bukti kajian. Tetapi kami percaya mereka yang berambut pendek tidak perlu menggunakan pengering rambut terlalu lama berbanding orang berambut panjang,” tambahnya.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/27/article-2030793-0D5C35FD00000578-104_468x306.jpg 
Loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi
dan tsunami pada Mac lalu.

Jepun mengalami kekurangan tenaga yang serius selepas penutupan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.
Loji tersebut menyalurkan tenaga elektrik ke bahagian timur laut Jepun. – Agensi