Isnin, 19 September 2011

Lidah manusia paling panjang di dunia

http://tcs.wisebrother.com/articles/images/chanel_tapper_longest_tongue.jpg
Chanel Tapper

 Seorang pelajar di Los Angeles, California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.
Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.
Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi


 Foto: http://tcs.wisebrother.com

Lelaki pada tahun 1870 seiras Nicholas Cage


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/17/article-0-0DEF4FE100000578-254_306x543.jpg
WAJAH seorang lelaki seiras pelakon 
Nicholas Cage yang dirakamkan pada 1870.

Di Los Angeles, seorang penjual barangan antik, Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay, lapor sebuah akhbar semalam.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/17/article-0-0DEF505D00000578-629_634x391.jpg
Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang 
lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras
pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan
AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay

Penjual itu turut bergurau dengan menyatakan dia memiliki sekeping gambar yang membuktikan Cage bukan sekadar pelakon tetapi juga puntianak yang hidup pada era Perang Saudara Amerika. 

Cage yang berusia 47 tahun pernah membintangi filem Con Air dan Ghost Rider. Isteri Cage, Alice Kim berusia 27 tahun. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/17/article-2038580-0DF2745200000578-60_306x543.jpg
Nicholas Cage

Menurut penjual itu, gambar tersebut merupakan seorang lelaki yang tinggal di Bristol, Tennessee ketika zaman perang Saudara Amerika. 

Gambar tersebut telah ditemui di dalam sebuah album yang mengandungi banyak gambar penduduk yang terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

Selasa, 13 September 2011

Saintis hasilkan kucing bersinar

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3000000578-446_634x634.jpg 
SEEKOR kucing yang kelihatan hijau bersinar-sinar 
semasa ia diletakkan di bawah cahaya biru

Di New York, Amerika Syarikat (AS) sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3B00000578-523_634x415.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3000000578-879_634x286.jpg

Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau.

Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.
Protein itu diambil daripada monyet Macaque.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/11/article-2036217-0DD29C3B00000578-896_634x498.jpg

Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.
Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan. 

Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing. - Reuters

Bina jambatan dengan akar pokok

http://also.kottke.org/misc/images/cherrapungee-bridge.jpg
DUA buah jambatan akar yang terdapat di kampung Nongriat, negeri 
Meghalaya, India. 

Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa.

Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai.
- Agensi


http://nextnature.net/wp-content/uploads/2009/08/hanging_bridge3_530.jpg



photo : kottke.org & nextnature.net,

Bendera gergasi Palestin dekat pejabat EU

http://l.yimg.com/bt/api/res/1.2/nhI0GNW4yy4xeDD0eGosFw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0zNDE7cT04NTt3PTUxMg--/http://media.zenfs.com/en_us/News/AFP/photo_1315847779870-1-0.jpg
SEBUAH bendera Palestin dikibarkan dekat ibu pejabat Kesatuan Eropah
(EU) di Brussels, Belgium semalam.

Para aktivis pertubuhan Avaaz telah meletakkan sebuah bendera Palestin gergasi dekat ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels semalam.
Tindakan itu dilakukan bagi mendesak supaya EU mengundi untuk mengiktiraf kemerdekaan Palestin.
Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan oleh syarikat YouGov, 76 peratus rakyat Jerman, 59 peratus penduduk Britain dan 69 peratus warga Perancis menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang kini diduduki Israel. - Agensi

Isnin, 12 September 2011

Gadis disihir guna gambar dalam FB

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0912/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg
IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana
Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di 
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

-Kosmo!

Sabtu, 10 September 2011

Gadis mengaku pontianak

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/08/article-0-0DC7843600000578-386_233x306.jpg
Josephine Smith
Di Florida, Amerika Syarikat, seorang gadis yang mengaku dirinya ‘pontianak’ dituduh menyerang seorang lelaki tua, menggigit muka dan lengannya sehingga memerlukan jahitan.
Josephine Smith, 22 tahun, dikatakan memberitahu mangsanya yang berusia 69 tahun: “Aku pontianak, aku akan makan kamu.”
Milton Ellis terpaksa menerima jahitan pada lukanya setelah diserang di depan Restoran Hooter yang kosong di St. Petersburg, Florida.

Polis berkata, Elis yang menggunakan kereta roda bermotor, tidur ketika Josephine menyerangnya.

Ellis yang berdarah, dapat melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menelefon polis.

Apabila polis tiba, mereka menemui Josephine yang hampir berbogel dan berlumuran darah, berdekata restoran itu.

Dia memberitahu pegawai polis, dia tidak tahu apa yang berlaku. Menurut polis, mereka bertemu di sebuah pusat beli-belah berhampiran restoran itu.

Josephine yang berasal dari Pensacola sedang menunggu saudaranya datang untuk menjemputnya, duduk bersama dengan Ellis di dalam restoran kosong itu.

Josephine dikatakan menyerang ketika Ellis tertidur.

Menurut maklumat Facebooknya, Josephine seorang pelajar “pembantu pergigian” di Insititut Fortis di Pansacola.

Ellis yang mepunyai tanda gigitan di lengan, dibawa ke hospital untuk rawatan.

Josephine ditahan dan dituduh menyerang bertubi-tubi orang tua. Kurang sebulan lalu, dia ditahan di Escambia County kerana memiliki dadah.

Dia ditahan di Penjara Pinellas County dan menunggu ikat jamin AS$50,000 (RM150,000). - DM

Jumaat, 9 September 2011

Bilik pejabat kilang ubat umpama sebuah istana

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/07/article-0-0DC0478E00000578-88_634x369.jpg
Hiasan dalaman mewah yang terdapat dalam bangunan pejabat 
milik Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah
Heilongjiang.


Di Harbin, China, sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia. 

Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas.
Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis.
Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang.

Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan.
Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China.

Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.
Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius.
- Agensi 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/07/article-0-0DC040BF00000578-781_634x421.jpg
Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang
mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan
muzium milik firma berkenaan.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/07/article-0-0DC0475400000578-188_634x370.jpg
SALAH satu ruang yang terdapat dalam pejabat Kumpulan Syarikat
Farmaseutikal Harbin, timur laut wilayah Heilongjiang, China.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/07/article-0-0DC0476500000578-689_634x421.jpg 
Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu
keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/07/article-2034679-03B078460000044D-630_634x413.jpg
Istana Versailles di Perancis.

Selasa, 6 September 2011

Telefon bimbit rakam gambar 3D

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/04/article-2033597-0DB6811E00000578-929_468x286.jpg
TELEFON bimbit keluaran Sony Ericsson boleh merakamkan imej tiga dimensi.


Tidak lama lagi, telefon bimbit pintar yang dapat merakamkan gambar panorama tiga dimensi (3D) akan berada dalam pasaran pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej 3D telefon pintar itu adalah daripada siri Xperia Arc S keluaran Sony Ericsson yang boleh ditonton melalui televisyen yang menyokong aplikasi 3D. Imej yang dirakamkan akan dipaparkan dalam bentuk 2D pada skrin telefon pintar tersebut. 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/04/article-2033597-0DB5DCFD00000578-843_468x225.jpg  
Sony Ericsson Xperia Arc S, menggunakan skrin berukuran 10.6 sentimeter selain
dilengkapi kamera dengan definisi 8.1 mega piksel.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/04/article-2033597-0DB5A06800000578-210_468x345.jpg 
Imej 3D dari telefon pintar Xperia S Arc boleh ditonton melalui televisyen yang
menyokong aplikasi 3D. Imej yang dirakamkan akan dipaparkan dalam bentuk 2D pada 
skrin telefon pintar tersebut.

Telefon pintar itu yang dijana sistem operasi Android 1.4 gigahertz (GHz) keluaran Google bagaimanapun tidak boleh membuat rakaman video dalam bentuk 3D. 

Menurut sebuah akhbar tempatan di Britain, telefon pintar Xperia Arc S menggunakan skrin berukuran 10.6 sentimeter selain dilengkapi kamera dengan definisi 8.1 mega piksel.
Harga telefon pintar itu yang diperkenalkan pada pameran teknologi IFA di Berlin Jerman baru-baru ini masih belum diumumkan. - Agensi

Isnin, 5 September 2011

Trend baharu fotografi guna lampu picit

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/03/article-0-0DAEC96200000578-989_634x398.jpg
ANTARA gambar yang disiarkan dalam laman Darren Pearson-Home 
di Internet dengan menggunakan lampu picit. 

 
Seorang artis Di San Diego, Amerika Syarikat (AS), Darren Pearson menghasilkan fotografi dengan menggunakan lampu picit kecil.
Lampu itu digerakkan supaya ia boleh menghasilkan bentuk haiwan seperti dinosaur dan objek-objek lain.

Trend tersebut popular dalam kalangan jurugambar muda sehingga Pearson turut mempunyai blognya tersendiri bagi membincangkan teknik fotografi itu di laman Darren Pearson-Home.

Antara laman yang membincangkan teknik itu ialah thelightpainters.com.
Darren juga mengajar teknik tersebut di laman YouTube. - Agensi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/03/article-0-0DAEC96700000578-750_634x407.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/03/article-0-0DAEC95600000578-887_634x376.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/09/03/article-0-0DAEC92E00000578-811_634x340.jpg
Sumber : DM

Jumaat, 2 September 2011

Gadis diperdaya beli iPad palsu

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/30/article-2031932-0DA3088200000578-833_634x370.jpg
BENTUK iPad kayu palsu yang dijual pada harga cuma RM538.29.

Di Spartanburg, Amerika Syarikat (AS), seorang gadis, Ashley McDowell menyangka telah membuat pembelian paling bersejarah di dunia apabila dia berjaya membeli sebuah komputer tablet iPad2 pada harga AS$180 (RM538.29), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berusia 22 tahun membeli komputer tersebut daripada dua orang lelaki di tempat meletak kereta restoran makanan segera McDonald’s di sini.
Gadis itu diyakinkan oleh kedua-dua lelaki tersebut bahawa mereka membeli komputer berkenaan dalam jumlah yang banyak pada harga yang amat rendah.

Kedua-dua lelaki itu menunjukkan iPad yang baharu bagi meyakinkan Ashley.
Pada mulanya, kedua-dua lelaki itu menawarkan harga AS$300 (RM897) tetapi gadis tersebut menyatakan dia hanya mempunyai wang sebanyak AS$180.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudian bersetuju menjual iPad pada harga itu.
Mereka kemudian membawa kotak penghantar surat Fed-Ex ke kereta Ashley.

Gadis itu kemudian membayar wang tersebut tanpa memeriksa kandungan kotak berkenaan.
Setiba di rumah, Ashley membuka kotak tersebut dan mendapati dia sebenarnya membeli sekeping kayu yang mengandungi logo Apple di bahagian belakang.
Bahagian depan kayu itu diukir supaya ia kelihatan seperti iPad.
Syerif Spartanburg, Leftenan Tony Ivey berkata, kejadian itu berlaku pada malam Isnin lalu. – Agensi