Khamis, 31 Mac 2011

Hard Rock Cafe terbesar di Melaka

MELAKA - Negeri ini dipilih restoran dan pusat hiburan terkemuka, Hard Rock Cafe untuk membuka premis ketiganya di negara ini.

Membabitkan kos pelaburan RM15 juta, ia dijangka memulakan pembinaan dua bulan lagi oleh syarikat Sovereign Creations Sdn Bhd.

Berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi, premis berkenaan menjadi restoran Hard Rock Cafe terbesar di negara ini yang menyediakan tempat letak kereta bertingkat.

Pengerusi Hard Rock Cafe Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, restoran yang mempunyai 180 kerusi, berbanding Kuala Lumpur (200) dan Pulau Pinang (130) akan beroperasi September tahun depan.

“Ia akan dibina di Jonker Street kerana ia adalah lokasi tumpuan pengunjung di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Sovereign Creations Sdn Bhd: dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hotel Casa del Rio di Kota Laksamana, di sini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha itu kerana membantu mempopularkan lagi pelancongan di negeri ini.

kredit to : sinar harian