Selasa, 21 Jun 2011

Budak terperangkap di celah pendingin hawa

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/19/article-0-0CA1522600000578-810_634x468.jpg
Kelihatan seorang budak lelaki terperangkap di celah sebuah alat pendingin hawa.


Di Beijing, seorang budak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan oleh seorang lelaki dengan menarik badannya keluar dari celah sebuah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian itu berlaku apabila budak tersebut terjatuh dari balkoni apartmennya di tingkat lapan semasa dia tinggal berseorangan kerana ibu bapanya tiada di kediaman tersebut, baru-baru ini.
Jiran-jirannya yang mendengar bunyi jeritan budak tersebut bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Namun, mereka mengambil tindakan sendiri apabila melihat budak tersebut tersangkut di celah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh. Seorang jirannya berdiri di tepi tingkap dan menarik lengan budak tersebut dari celah alat pendingin hawa itu untuk menyelamatkannya. - Agensi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/19/article-0-0CA1521900000578-137_634x448.jpg
BUDAK lelaki itu ditarik keluar dari celah sebuah alat pendingin hawa oleh seorang lelaki.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/19/article-0-0CA1523500000578-563_634x481.jpg
 Akhirnya budak itu berjaya diselamatkan.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/19/article-0-0CA1521000000578-3_634x468.jpg
Budak tersebut tersangkut di celah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh Kejadian itu berlaku apabila budak tersebut terjatuh dari balkoni apartmennya di tingkat lapan semasa dia tinggal berseorangan kerana ibu bapanya tiada di kediaman tersebut, baru-baru ini.