Jumaat, 24 Jun 2011

Warga emas bina 'bahtera' Nabi Nuh

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/01/article-1392775-0C58A7FE00000578-149_634x310.jpg
'Bahtera' Nabi Nuh yang menjadi milik seorang ketua syarikat pembinaan, Johan Huibers berada di sebatang sungai di Dordrecht, Belanda.



Di Rotterdam, seorang ketua sebuah syarikat pembinaan di Belanda, Johan Huibers membelanjakan kira-kira £1 juta (RM4.84 juta) untuk membina 'bahtera' Nabi Nuh, lapor sebuah akhbar semalam.
Bahtera itu sepanjang 137.16 meter dan lebar 22.86 meter akan dipenuhi dengan replika haiwan .
Johan yang berusia 60 tahun membina bahtera itu sejak 3 tahun lalu di sebatang sungai di Dordrecht, dekat sini selepas dia bermimpi banjir besar bakal melanda Belanda.
Bahtera itu mempunyai bilik persidangan yang boleh memuatkan 1,500 orang.
Kayu yang digunakan untuk kapal itu ialah kayu pain Sweden.
Baru-baru ini, dia menulis sepucuk surat kepada Datuk Bandar London, Boris Johnson bagi meminta kebenaran untuk membolehkan bahtera tersebut belayar ke Sungai Thames menjelang Sukan Olimpik pada tahun depan. - Agensi


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392775-0C58ED7300000578-755_634x357.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392775-007B925D000004B0-323_634x631.jpg
Bahtera itu sepanjang 137.16 meter dan lebar 22.86 meter akan dipenuhi dengan replika haiwan .

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392775-0079F7DA000004B0-670_634x404.jpg
Johan Huibers