Ahad, 19 Jun 2011

Kereta masa depan


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/12/article-2002726-0C85A5E400000578-248_634x400.jpg


Di Berlin, Jerman, seorang pencipta dari China telah mengemukakan sebuah rekaan baru untuk kereta yang didakwa boleh dipandu atas jalan raya, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan serba guna itu, mempunyai kelajuan 62 kilometer sejam dan berfungsi seperti hoverkraf, mampu bergerak dengan lancar di atas permukaan berlainan. 


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/12/article-2002726-0C85A5F600000578-109_634x466.jpg


Zhang Yuhan, 21, mereka kereta yang diberi nama Aqua, untuk satu pertandingan ditaja sebuah syarikat pengeluar kereta terbesar Jerman, Volkswagen.

Penuntut Universiti Xinhua itu berkata, enjin kereta terbabit menggabungkan empat kipas berkuasa tinggi dan beg udara yang mengembung di bawah kereta untuk yang boleh membuatnya terapung. 



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/12/article-2002726-0C85A61600000578-129_634x376.jpg

Kereta itu turut menggunakan sel bahan api hidrogen untuk membekal kuasa kepada dua motor dengan sifar pembebasan karbon.

“Tiada bentuk pengangkutan lain yang lebih baik daripada kereta berkusyen kerana ia bergerak sama rata sa ma ada di atas jalan raya, pasir, ais atau air,” katanya.- DM