Khamis, 2 Jun 2011

Wajah mirip Osama pada roti bakar

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/01/article-1392994-0C5849F600000578-754_468x350.jpg
Wajah mirip bentuk muka Osama Bin Laden pada roti bakar milik seorang lelaki di Midlands Barat, Britain baru-baru ini.


Di London, wajah bekas pengganas nombor satu dunia, Osama Bin Laden tiba-tiba muncul pada sekeping roti yang dibakar dengan menggunakan sebuah alat pembakar roti di Wilayah Midlands Barat, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/01/article-1392994-0C2F29C100000578-367_468x421.jpg
Osama bin Laden


Seorang lelaki di Midlands Barat terkejut melihat wajah Osama pada rotinya yang telah dibakar.
Menurutnya, bahagian yang hitam akibat hangus dibakar pada roti tersebut membentuk wajah mirip Osama yang lengkap dengan janggut dan misainya manakala renungan matanya juga tajam, seolah-olah dia masih hidup.

Osama, 54, mati ditembak komando Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Aboottabad, Pakistan pada 2 Mei lalu manakala mayatnya dibuang ke Laut Arab. - Agensi.