Rabu, 1 Jun 2011

Skuadron UFO di California?

 http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392590-0C571BA100000578-382_468x404.jpg
 Tiga titik cahaya yang didakwa UFO bergerak rapat antara satu sama lain.


Internet kini kecoh berhubung dakwaan penemuan objek terbang tidak dikenali (UFO) pada waktu malam di ruang udara bandar Oakland, California, Amerika Syarikat (AS) lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga titik cahaya yang dipercayai UFO berada rapat antara satu sama lain dan bergerak laju boleh dilihat dalam satu klip video di You Tube yang dihantar oleh KevinMc360.

'Skuadron UFO' itu membentuk formasi tiga segi yang dilihat pada  26 Mei lalu.Klip video tersebut telah ditonton lebih 2,500 kali di You Tube. - Agensi.