Jumaat, 3 Jun 2011

Lebah bersarang di peti surat

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392915-0C59D79800000578-355_634x419.jpg
Peti surat menjadi sarang lebah di bandar raya New York baru-baru ini.

Sekumpulan pelancong di New York, menjerit ketakutan apabila mereka melihat beribu-ribu ekor lebah mengerumuni sebuah peti surat di kawasan pejalan kaki di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis terpaksa menutup kawasan tersebut selama beberapa jam manakala sejumlah pelawat berkumpul di sekitar peti surat berkenaan untuk merakamkan gambar lebah-lebah itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera masing-masing baru-baru ini.
" Kejadian seperti ini biasa berlaku. Ia kerap berlaku pada musim bunga atau musim panas. Kehadiran lebah ini bermakna terdapat sarang lebah di loksi berdekatan." kata seorang ahli persatuan penternak lebah yang tiba di lokasi tersebut. - Agensi.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392915-0C59D77D00000578-387_634x393.jpg
Orang ramai merakamkan gambar lebah mengerumuni sebuah peti surat


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392915-0C59D49C00000578-226_306x398.jpg  http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/31/article-1392915-0C59D48A00000578-35_306x398.jpg